Full Width CSS

SPR Kata Nak Ambil Tindakan Tegas Pada PAS Jika Guna Logo 'R' #PRKPengkalanKubor


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan akan dikenakan terhadap parti PAS sekiranya papan iklan yang berlogo 'R' atau berkaitan isu Royalti yang digunakan sebagai bahan kempen parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Pengkalan Kubor.

SPR mendakwa bahawa ia melanggar undang-undang yang ditetapkan. "Kita sedang buat semakan. Kalau didapati melanggar syarat, kita akan minta ia diturunkan, "Setakat ini kita belum terima lagi laporan rasmi, laporan ke lain mungkin ada tapi di pihak SPR kita belum terima lagi," kata Hashim.
Hashim juga berkata, sepanjang tempoh berkempen, SPR menerima tiga laporan perlanggaran syarat oleh kedua-dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS. Selain itu, kesalahan lain yang dibuat termasuklah meletakkan bendera di lampu isyarat dan menggunakan poster atau bendera parti yang tidak bertanding.

Namun begitu, masih tiada tindakan yang diambil terhadap kedua-dua parti setakat ini, ujar Hashim. "Hasil rundingan dengan parti bertanding, kedua-dua (BN dan PAS) bersetuju menurunkan bendera dan poster berkenaan, oleh itu tiada tindakan diambil, "Keadaan kempen amat terkawal," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berharap masyarakat di Pengkalan Kubor dapat mengekalkan keamanan dan semangat setiakawan serta dapat berpolitik secara kekeluargaan sepanjang tempoh kempen.

Post a Comment

1 Comments

  1. spr kencing je..kalau salah pun dia senyap je...

    azhar

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..