Full Width CSS

Tabung Haji Nafikan Buat Pelaburan di #Detroit Amerika Syarikat


Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan sesetengah pihak semalam yang mendakwa pihaknya membuat pelaburan yang dirasakan tidak menguntungkan di Detroit, Amerika Syarikat.

Perkara tersebut menjadi viral di dalam laman Facebook dan blog-blog pro Pembangkang yang mempertikaikan keputusan pihak pengurusan TH sekaligus mensabitkan kesalahan kepada Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abd Rahim dan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri turut dicemuh kerana memilih orang yang memandai-mandai menguruskan TH dan ada pihak mendakwa Azeez hanya tahu menghabiskan wang simpanan pendoposit / bakal-bakal jemaah haji.

Hari ini spekulasi tersebut disangkal dengan kenyataan akhbar daripada TH menafikan perkara tersebut dan penjelasan panjang lebar mengenainya boleh dibaca di laman Facebook TH dan website rasminya.

TH juga turut menjelaskan pihak mereka telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia dalam kepelbagaian pelaburan yang bakal membawa pulangan yang memberangsangkan berdasarkan kepada rangka kerja Strategi  Alokasi Asetnya.

Amat memalukan jadi macai PR apabila membuat sebaran fitnah tanpa merujuk pihak yang terlibat. Fitnah & macai tiada habisnya.

Post a Comment

0 Comments