Full Width CSS

Tanah Kerajaan Harus Dibina Rumah Mampu Milik Bukannya Atas Tanah Pemaju @razlanrafii @BernamaTV @tengkuadnanreal @NajibRazak


Soal anak muda bandar untuk memiliki rumah di dalam bandar menjadi penanda aras sama ada seseorang itu berkemampuan dari segi ekonominya ataupun terhimpit dalam suasana hidup yang tidak memungkinkannya untuk bernafas lebih tinggi daripada paras lumpur yang hampir menutupi lubang hidung.

Malam semalam, beberapa isi penting yang sempat dicatit semasa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii mengupas isu kekangan anak muda memiliki rumah di bandar dalam siaran secara langsung di BernamaTV.

Antaranya beliau menggesa supaya pihak berwajib terutamanya kerajaan memperhalusi pelaksanaan yang memihak kepada golongan sasar terutama apabila ia mengambil aspek taraf hidup golongan muda. Kerana kebelakangan ini, kita lihat banyak projek² perumahan dibangunkan akan tetapi golongan sasaran masih gagal membeli rumah² ini.

Salah satu sebabnya adalah kekurangan tanah yang semakin meruncing terutama sekali di bandaraya Kuala Lumpur. Pembinaan rumah² mewah diyakini tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan masalah sara hidup golongan ini. Kerajaan harus menyediakan satu plan terbaik di mana ia boleh diklasifikasikan sebagai menang dan menang kepada kedua² pihak.

Pihak kerajaan dicadangkan supaya menyediakan kawasan untuk dibangunkan oleh Pemaju di mana tanah tersebut tidak dibeli oleh Pemaju terlibat. Pemaju hanya perlu membangunkan kawasan tersebut dan hasilnya kelak rumah yang dibina akan mampu dimiliki kerana harga kos tanah telah ditanggung secara total oleh kerajaan & pembeli hanya perlu membayar harga kos pembinaan rumah sahaja.

Peranan syarikat milik kerajaan, UDA Holding Berhad dicadangkan ditukarkan menjadi Perbadanan dan secara tidak langsung tanggungjawab dan objektif mereka membantu masyarakat Bumiputera mempunyai sekurang²nya 30% daripada kegiatan perdagangan dan perusahaan di semua peringkat dalam tempoh 20 tahun semenjak penubuhannya ketika era kepimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak akan berjaya dan membuahkan hasil yang baik untuk manfaat Bumiputera khususnya.


Andai terdapat premis yang dikuotakan kepada Bumiputera dan tidak terjual, kerajaan digesa untuk tidak membukanya kepada kaum lain. Sebaliknya agensi² kerajaan seperti FELDA, Yayasan² serta NGO² Bumiputera perlu diberi tanggungjawab membeli premis berkenaan sebagai penyelamat hak bagi Bumiputera dan menjualnya kepada yang berkemampuan selepas daripada itu dengan harga yang sama.

Dalam soal penentuan kejayaan memiliki rumah mampu milik adalah berbalik kepada harga penawaran yang ditawarkan. Antara yang menjadi masalah utamanya ialah harga pasaran yang tidak menentu dan sikap sesuka hati dan tidak bertanggungjawab Real Estate and Housing Developers Association (REHDA) menaikkan harga rumah sewenang²nya di kawasan bandar terutamanya tanpa memikirkan permasalahan yang dihadapi golongan pelapis pemimpin negara.

Jika perkara² di atas dapat diatasi dengan baik dan menyelusuri mengikut plan yang lebih efisyen, berkemungkinan besar permasalahan memiliki rumah di kalangan orang muda bandar tidak akan menjadi isu utama yang membelenggu fikiran golongan sasaran terbabit.

Post a Comment

0 Comments