Full Width CSS

Terkini : Laporan Awal Insiden #MH17 Disiarkan Jam 2 Petang Ini @NajibRazak @HishammuddinH2O @TengkuAdnanReal


Penantian banyak pihak terutamanya bagi rakyat Malaysia menunggu dengan penuh sabar laporan insiden nahas pesawat MAS di Ukraine akhirnya akan terjawab awal petang ini.

Menurut sumber, laporan awal siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, akan disiarkan hari ini.

Ia sekali gus memberi harapan untuk mengetahui punca sebenar bencana yang meragut nyawa 298 penumpang itu.

Pasukan penyiasat insiden penerbangan udara yang diketuai Belanda akan menyiarkan laporan tersebut pada pukul 8 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia hari ini) melalui laman web Lembaga Keselamatan Belanda (DSB).

Sama² kita nantikan perkembangan lanjut mengenai laporan tersebut dan kita berdoa agar mangsa² MH17 mendapat keadilan yang sewajarnya di atas konflik negara bergolak.

Post a Comment

0 Comments