Full Width CSS

[Video] 152,975 Atau Mungkin Lebih Jumlah Warga Kota Gagal Miliki Rumah Sendiri @NajibRazak @mpkotabelud @tengkuadnanreal @razlanrafii


Permasalahan & rungutan golongan muda terutamanya memiliki rumah di Kuala Lumpur kian tidak berpenghujung sekiranya tiada apa-apa langkah mahupun tindakan tertentu diambil oleh pihak berwajib menangani hal ini. Sebagai warga Kuala Lumpur, saya sendiri merasakan bebanan yang terpaksa dipikul bagi memiliki rumah mampu milik dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 ke bawah.

Statistik menunjukkan seramai 152,795 orang di Kuala Lumpur gagal memiliki rumah sendiri dan hanya mampu menyewa rumah pada kadar yang berpatutan. Kebimbangan ini semakin meruncing apabila penawaran rumah mampu milik di bandaraya ini bermula sekitar RM300,000 ke atas.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Rafii seramai 45,000 orang berada di dalam senarai menunggu di bawah Jabatan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk ditempatkan di mana-mana perumahan awam seluruh Wilayah Persekutuan.

"Ada 45,000 yang daftar rumah DBKL, menunggu untuk mereka ditempatkan di rumah-rumah pangsa. Maksudnya hari ini kita mendapati ramai yang tidak mempunyai rumah di Kuala Lumpur ini dan mereka lebih rela sewa".

Statistik pada tahun 2013, terdapat 93% rumah kos tinggi di Kuala Lumpur. Sudah tentu harganya melebihi RM300,000 sehingga ke RM1 juta. Melihatkan harga jualannya saja telah menyebabkan golongan muda terpaksa mencongak beberapa kali kemampuan mereka memiliki rumah tersebut. Golongan berpendapatan sederhana pun sukar memiliki rumah tersebut apatah lagi golongan berpendapatan rendah.

Berikut beberapa cadangan yang mungkin boleh diambil perhatian wajar oleh kerajaan.

1. Menghentikan penjualan saki baki tanah kepada Pemaju
2. Wujudkan kerjasama pembinaan rumah mampu milik antara DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.
3. Berikan diskaun / rebate kepada Pemaju yang bersetuju mengimplentasikan produk rumah mampu milik di bawah RM250,000 (64% warga kota mampu beli di bawah kadar tersebut).

Diyakini jika kerajaan memandang jauh akan permasalahan ini, berkemungkinan warga kota terutamanya golongan belia mampu memiliki aset rumah sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. 

"Inilah sebenarnya yang kita minta kepada kerajaan di dalam bajet yang akan datang untuk melihat skim-skim yang kita boleh tawarkan kepada belia dan juga wujudkan bandar belia yang betul-betul melihat kepada kemampuan anak-anak muda di bandar".



Temuramah bersama Astro Awani - 29 September 2014

Post a Comment

0 Comments