Full Width CSS

[Video] Kepakaran Anak Malaysia Diberi Kepercayaan Kerajaan Arab Saudi Menguruskan Makkah Metro


Kehebatan anak Malaysia di persada dunia tidak dapat dinafikan lagi.Kepakaran mengendalikan sistem rel di Malaysia secara sistematik diiktiraf dunia apabila pekerja mahir Malaysia diperlukan bagi menyokong dan menjalankan sistem rel Makkah Metro yang akan digunakan bagi

Dijangkakan lebih 500,000 jemaah akan menggunakan perkhidmatan ini dan ini suatu cabaran yang hebat bagi anak Malaysia bagi memastikan ianya berjalan lancar tanpa ada masalah.

Diketuai Muhamad Burhanodin Bin Ismail, memastikan keretapi yang panjangnya 300 meter dan mempunyai 13 gerabak dan dalam 1 perjalanan membawa 3000 jemaah itu bukanlah suatu kerja yang mudah.

Kerajaan Arab Saudi itu telah menggunakan perkhidmatan pakar mahir Malaysia telah masuk tahun ke - 5.Makkah Metro sebelum ini menggunakan perkhidmatan pakar dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) namun sejak 3 tahun kebelakangan ini ERL pula menghantar pakarnya dan diikuti dengan khidmat dari Syarikat Prasana Negara Berhad.




Dengan kerjasama China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) Saudi, syarikat yang dilantik Kerajaan Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Makkah Metro, pakar dari Malaysia dipilih atas kriteria negara Islam yang mahir mengendalikan sistem keretapi.

Perkhidmatan rel itu hanya akan beroperasi selama lebih kurang 10 hari tetapi persediaannya memakan masa hampir 10 bulan bagi memastikan semua peralatan dan keretapi berkeadaan baik.



Sumber : Kata Pak Tua

Post a Comment

0 Comments