Full Width CSS

Dah Gagal #KejangMove Pun Masih Lagi Nak Spin Pasal Harga Minyak


Di antara ramai pihak yang bangkit mempertikai pengurangan subsidi RON 95 dan diesel, MiM tidak sangka Rafizi Ramli juga mahu meneguk di air yang keruh tentang isu ini.

Apa tidaknya. Beliau adalah mastermind 'Kajang Move' yang bukan sahaja memalukan boss beliau sendiri tetapi isteri boss beliau dan seluruh parti PKR dan DAP.


Tunggang langgang, tikam lidah, aksi membuka pekung busuk sesama pemimpin di dalam Pakatan dan ultimatenya ialah keretakan yang sangat nyata di antara PAS dan PKR/DAP. Malah, parti PAS juga hampir hancur berpecah belah dek 'Kajang Move' yang kejang dan memalukan.

Malah, DAP Sarawak telah menyatakan tidak akan bekerjasama lagi dengan parti PAS, satu daripada beberapa isu penghinaan terhadap parti PAS. Selain daripada itu ialah isu ahli politik PAS yang diketepikan oleh kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang.


Maksudnya, Fizi telah gagal dan menjatuhkan maruah PKR dan DAP, bukan sahaja kepada rakyat tetapi Sultan Selangor juga murka dan menganggap PKR dan DAP derhaka kepada baginda.

Dengan segala kegagalan dan malu hina yang ditanggung oleh Anwar, Wan Azizah dan seluruh PKR dan DAP dek 'Kajang Move' , MiM jangka Fizi akan meletak jawatan atau pun zip mulut untuk satu tempoh yang sangat lama.

Tetapi tidak. Selain daripada pelbagai cerita tentang pengurangan subsidi RON 95 dan diesel, Fizi juga ditanya oleh Keldaian Daily Keadilan Daily tentang penyelarasan subsidi itu selari dengan Br1M, to my surprised, Fizi memberi reaksi positif tentang BR1M!

Di antara laporannya :
Ditanya tentang dakwaan kerajaan bahawa penyelarasan subsidi itu selari dengan pemberian BR1M, Rafizi berkata pemberian ‘One Off’ itu dapat membantu sepenuhnya kos sara hidup bagi jangka masa panjang.
Printscreen Keadilan Daily
BR1M dilaksanakan bagi menampung perbelanjaan rakyat untuk jangka masa singkat. Persoalannya, adakah ini kekal sebagai jaminan jangka panjang yang dapat membantu meringankan kos hidup rakyat? seterusnya
BR1M dilaksanakan bagi 'menampung perbelanjaan rakyat untuk jangka masa singkat' merupakan satu komentar positif ahli politik Pembangkang yang sebenarnya bersetuju bahawa kerajaan Pusat membantu rakyat yang layak menerima BR1M termasuk meringankan beban rakyat dek pengurangan subsidi RON 95 dan diesel.

Dan jaminan jangka panjang sudah tentu memerlukan juga pelan-pelan dan perlaksanaannya.

Sumber : Dr. MiM

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..