Full Width CSS

Menteri KPKT Arah Pemaju Seragamkan Bayaran Deposit Caj Perkhidmatan Pembelian Rumah @mpkotabelud


Saya ingin memberikan maklumat terkini mengenai berita yang telah tersebar melalui media sosial mengenai teknik pemaju yang dikatakan memanipulasi harga rumah bagi mengelakkan pembeli Bumiputera memiliki hartanah sendiri.

Isu ini telah mula tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial pada 25 September 2014. Penulis berkaitan telah mengatakan bahawa beliau telah mengunjungi i-Property Fair di Subang Parade dan berminat dengan sebuah projek persisir pantai di Tanjung Puteri, Johor Bahru.

KPKT telah mengambil tindakan dengan memanggil pemaju untuk memberikan penjelasan terhadap isu ini. Hasil siasatan mendapati bahawa isu yang tersebar adalah mengenai penjualan lot Bumiputera dan lot bukan Bumiputera.

Secara khususnya, dua (2) isu telah dibangkitkan iaitu:

1. Pemaju tidak menanggung caj perkhidmatan seperti yuran guaman bagi Perjanjian Jual Beli (PJB), duti setem perjanjian pinjaman (loan agreement duty stamp) dan duti setem bagi Memorandum Pindah Milik kepada lot Bumiputera; dan

2. Wang pendahuluan (entry cost) yang perlu dikeluarkan oleh lot Bumiputera lebih tinggi daripada lot bukan Bumiputera;

Berdasarkan semakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) & Peraturan-Peraturan, didapati amalan ini tidak bercanggah dengan ketetapan perundangan sedia ada. Walau bagaimanapun, perkara ini telah menimbulkan ketidakpuasan di kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan supaya pemaju terlibat menyeragamkan pembayaran wang pendahuluan serta caj perkhidmatan seperti yuran guaman bagi Perjanjian Jual Beli (PJB), duti setem perjanjian pinjaman (loan agreement duty stamp) dan duti setem bagi Memorandum Pindah Milik dengan serta merta.

Selain daripada itu, mulai 1 Januari 2014, KPKT telah mengenakan syarat tambahan dalam permit iklan dan jualan pemajuan perumahan baru bagi semua pemaju perumahan dan pembeli, seperti berikut:

1. Pemaju perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua tawaran, barangan, perkhidmatan dan bayaran yang ditawarkan kepada pembeli; dan

2. Sekiranya pemaju menawarkan sebarang bentuk tawaran barangan, perkhidmatan dan bayaran dan pembeli memilih untuk tidak menerima tawaran tersebut, maka pemaju hendaklah menolak nilai tawaran tersebut daripada harga jualan.

Saya harap kenyataan ini dapat membantu menjelaskan keadaan. Pembeli sememangnya berhak mengetahui dan memahami hak mereka.


Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan

Post a Comment

1 Comments

  1. Sepatutnya ridak perlu ada istilah bumi dan non bumi. Yg perlu cuma 'peratusan' kuota sahaja. Agihan unit dan harga bumi ni perlu duhapuskan. Ini menjadikan kaum bumi dimanipulasi oleh pemaju cina ni! Pemaju perlu memastikan peratusan kuota bumi BUKAN agihan unit bumi dalam projek mereka. Pihak KPKT perlu betul2 mamahami perkara ini termasuk kebebasan mereka memanipulai harga2 rumah seperti yg berlaku sekarang!. Yg meluluskan PERMIT DAN IKLAN pun KPKT jugakan!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..