Full Width CSS

Menteri KPKT Jelaskan Kriteria & Kewarasan Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) @mpkotabelud @GoTeamRD


Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan transformasi di kawasan bandar bagi meningkatkan penyertaan rakyat (public participation) dan menangani isu-isu perbandaran untuk kesejahteraan penduduk bandar.

Ianya amat diperlukan susulan proses pemesatan bandar yang mana sehingga kini, lebih 70% penduduk di negara ini tinggal di kawasan bandar. JPP merupakan mekanisma bagi penduduk menyalurkan aduan dan pandangan kepada pihak berkuasa.

"Tiada isu JPP mahu mengambil alih tugas ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana JPP tiada sebarang kuasa untuk melakukan sebarang dakwaan atau mengenakan bayaran atau fi seperti PBT," jelas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Kriteria-kriteria yang diguna-pakai untuk melantik anggota-anggota JPP adalah seperti berikut:

i) penduduk yang bermastautin di dalam zon tersebut;
ii) warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun;
iii) kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya;
iv) keutamaan diberikan kepada individu yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal;
v) tidak diisytiharkan muflis;
vi) tidak mempunyai sebarang rekod jenayah;
vii) bukan di kalangan Ahli Majlis yang sedang berkhidmat;
viii) pemilihan calon JPP dari kalangan penjawat awam dan golongan profesional adalah wajar digalakkan untuk membuka minda dan melaksanakan transformasi pengurusan bandar; dan
ix) lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi jawatan Pengerusi JPP, pemilihan hendaklah dari kalangan opinion leaders yang berpengaruh serta bersesuaian dengan taraf sosial dan memahami pemikiran masyarakat setempat. Pengerusi JPP merupakan individu yang dapat menyumbang idea dan membuat keputusan serta menjadi role model kepada penduduk setempat.

Bagi maksud penyelarasan JPP di setiap PBT, Kerajaan telah meluluskan 184 perjawatan Unit Kesejahteraan Bandar yang terdiri daripada Gred M44, N32, N27 dan N17 yang akan ditempatkan di Pihak Berkuasa Tempatan terpilih sebagai sekretariat JPP di peringkat negeri.

Hal ini dihuraikan sendiri oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Ipoh Timor yang meminta penjelasan keperluan penubuhan 148 JPP di peringkat bandar dengan peruntukan sebanyak RM63 juta setahun.

MP Ipoh Timor dilihat kerap bangun mencelah dan membuat pelbagai provokasi terhadap Menteri namun keadaan berjaya dikawal Datuk Rahman Dahlan dengan memberikan jawapan penyudah yang membuatkan MP Ipoh Timor terdiam dan terus duduk.

"JPP tak terdiri daripada penjenayah atau bekas penjenayah seperti PPS, itu janji saya," jawab Menteri menamatkan pencerahan berhubung isu JPP pagi ini. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..