Tuesday, October 14, 2014

#TabungHaji Tunaikan Tanggungjawab Sosial Ziarah Waris Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah @azeezputera


Melihatkan gambar² yang diupload menerusi laman media sosial, saya percaya niat Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Azeez Abd Rahim dan rombongan daripada TH sebenarnya ikhlas untuk merakamkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga jemaah haji yang telah meninggal dunia semasa di Tanah Suci, Mekah.

Saya yakin TH bertanggungjawab untuk menyampaikan sendiri berita sedih dan salam takzim mereka terhadap keluarga jemaah haji yang meninggal dunia walaupun berita tersebut telah diberitahu semasa di Mekah lagi.


Hari ini Datuk Azeez dan rombongan TH menziarahi waris kepada Allahyarhamah Normah Jamin (Pedas, Negeri Sembilan) dan Allahyarham Mahad Baba (Kota Raja, Negeri Sembilan). Dikesempatan itu juga beliau menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga waris.

Menurut Datuk Azeez, kedua² jenazah diuruskan dengan baik oleh petugas Tabung Haji dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek, Mekah. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kematian para jemaah haji dari Malaysia bukannya berpunca daripada virus Ebola yang merebak hari ini di Afrika Selatan.


Semoga roh² Allahyarham & Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman kepada Allah. Al-Fatihah~


1 comment:

  1. Bertuah jadi rakyat Malaysia.Saya pernah melakukan umrah.Jemaah haji dari negara yang lain,disembahyang,dikafan dan dikebumikan terus di Mekah.Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...