Tuesday, October 28, 2014

[Video] Anwar Berjaya Masuk #UniversitiMalaya & Harga Minyak Pun Turun


Sekalung tahniah kepada segelintir pelajar Universiti Malaya (UM) kerana turut menjadi sebahagian tali barut kepada perjuangan jijik untuk menuntut keadilan buat pemimpin tidak bermoral mereka si Anwar Ibrahim.

Tindakan segelintir pelajar yang beriya² mahukan Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam UM untuk memberikan ceramah 'motivasi' adalah sesuatu perkara yang amat menjengkelkan apabila hampir setiap bait² ucapan Anwar dipenuhi dengan unsur fitnah, perjuangannya dan cacian terhadap kerajaan 'zalim' Barisan Nasional (BN).

Seperti sedia maklum, inilah bentuk kebencian yang cuba ditanam Anwar kepada golongan pelajar di sini dengan mengutamakan perjuangan politik berbanding kewajiban menuntut ilmu setelah peluang dan ruang disediakan sebaiknya kepada mereka.


Inilah salah satu mengapa anak² Melayu terutamanya terumbang ambing dalam kehidupan mereka semasa dan selepas bergelar mahasiswa. Otak mereka diracuni dengan istilah KEBEBASAN BERSUARA / PERJUANGAN / HAK. Padahal semua perkara ini boleh dikecapi mereka setelah menamatkan pembelajaran di sana.

Saya ingin lontarkan 1 soalan kepada para pelajar bijak pandai di UM yang terlibat dalam 'urusan' merempuh pagar malam tadi.

Post by .

APA YANG KALIAN PEROLEHI HASIL DARIPADA REMPUHAN TERSEBUT? 

Ucapan Anwar selama 1 jam di dalam UM apakah telah memberikan kesan mendalam dalam pembelajaran kalian ataupun kejayaan merempuh pagar telah menyebabkan harga minyak Ron 95 turun lewat malam tadi?

Sesuatu yang amat mendukacitakan untuk saya kongsikan bersama adalah selepas daripada kejadian tersebut, beberapa muka pelajar di UM akan dikenalpasti dan pastinya pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti akan menjalankan siasatan terperinci dan mencari mereka yang terlibat.


Dua bentuk tindakan yang bakal diambil kepada mereka yang didapati bersalah secara langsung cubaan merosakkan harta benda UM dan secara jelas melanggar peraturan yang harus dipatuhi pelajar.

1. Tindakan gantung pembelajaran.
2. Tindakan dibuang universiti.

Berbaloi bukan?


Tepuk dada tanya selera, sama ada sekadar mahu jadi pemerhati atau mahu bersama² dalam perjuangan LGBT.

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...