Tuesday, October 7, 2014

[Video] Pengorbanan Yang Terpaksa Ditanggung Oleh Kapten Bas #RapidPenang @MyRapidKL


Secara peribadi saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Kapten Bas RapidPenang, Aisyamuddin Yaakob yang cedera parah akibat ditikam di peha oleh seorang penumpang bas tersebut awal pagi semalam.

Si pelaku disyaki seorang wanita kurang siuman berdasarkan cerita mangsa kepada rakannya sebelum tidak sedarkan diri akibat kehilangan darah yang banyak.


Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui oleh rakan Kapten Bas RapidPenang yang melihat bas mangsa berada di tepi jalan menghala ke Balik Pulau daripada Relau. Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Keadaan terkini Aisyamuddin, beliau berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan yang dilakukan lewat petang semalam untuk menyambungkan semula urat di pahanya yang terputus akibat tikaman tersebut.

Sempat berbual bersama ahli keluarga mangsa ketika di hospital. Aisyamuddin merupakan anak ke 6 daripada 9 orang adik beradik. Sebagai abang yang belum berkahwin dan tinggal bersama keluarga, beliau terpaksa memikul tanggungjawab menanggung kos persekolahan adik-adiknya yang masih menuntut di sana.


Sama² kita mendoakan agar mangsa kembali pulih seperti sediakala dan menjalankan tugas penuh bermaruah ini demi kelangsungan kehidupan pengguna² bas RapidPenang.



* dengar cerita, si pelaku tersebut telah berjaya ditangkap oleh orang ramai pagi ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...