Full Width CSS

Gunakan Pengangkutan Awam Ke Bukit Jalil Malam Ini Satu Langkah Bijak Penyokong Bola Sepak #JDT #Pahang @MyRapidKL


Orang ramai terutamanya penyokong bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ini ekoran pertembungan dua acara lain yang turut akan diadakan di lokasi sama pada hari tersebut.
Dua acara lain yang akan berlangsung di perkarangan stadium berkenaan ialah Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia yang dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta acara perayaan keagamaan Buddha.

Polis tidak akan menutup jalan atau membuat lencongan aliran trafik di sekitar stadium pada hari ini namun pihak Polis akan mengeluarkan kenyataan media sekiranya berlaku sebarang perubahan lalu lintas kelak.

Pihak RapidKL akan menyediakan koc LRT tambahan sekiranya perlu tetapi ia bergantung kepada jumlah penumpang pada hari berkenaan.

"Penggunaan perkhidmatan LRT sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan trafik pada hari tersebut dengan waktu operasi LRT di stesen Sri Petaling dan Bukit Jalil dilanjutkan pada waktu malam sekiranya perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Pahang berakhir lewat," menurut Lim Jin Aun, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

So pilihan di tangan anda buat penyokong Harimau Selatan & Tok Gajah. Pilih untuk menyaksikan secara langsung atau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Saya tak tahu nak sokong mana-mana pasukan tapi saya rasa Pahang JUARA malam ni.

Hogoh Pahang Hogoh !!

Post a Comment

0 Comments