Atas dasar prihatin dan sedar akan permasalahan yang kebiasaannya membelenggu pasangan baru mendirikan rumah tangga di dalam kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan semenjak beberapa tahun yang lalu telah mencadangkan idea pembinaan Rumah Transit untuk golongan sasaran.
Usul² mengenai pembinaan Rumah Transit ini telah disuarakan sepakat di setiap Bahagian UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda seawal tahun 2009. Hasilnya hari ini, satu daripada berpuluh atau beratus cadangan yang diperjuangkan selama ini oleh Pemuda UMNO telah dilihat hasilnya. Sudah pasti ia merupakan berita gembira dan membanggakan buat Pemuda UMNO.
Projek pertama Rumah Transit yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini mempunyai sebanyak 620 buah unit dan dibangunkan secara terperinci oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Untuk makluman bersama, saya kongsikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui jika ingin memohon Rumah Transit atau menghebahkannya kepada saudara mara dan kawan-kawan :
Mungkin ada Pemohon yang memerlukan bimbingan untuk memohon Rumah Transit ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor telah diberi tanggungjawab untuk membantu para Pemohon dari seluruh Lembah Klang.
Kepada yang berminat untuk memohon Rumah Transit 1Malaysia ini, ada berita gembira untuk yang tak sabar tu. Pemuda UMNO akan sediakan One Stop Centre pada Karnival Genexter 2014, hujung minggu ini di Putrajaya.
8 & 9 November 2014
10 Pagi - 5 Petang
Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya
Sila bawa bersama dokumen² yang diperlukan seperti dalam keterangan gambar di bawah. Terdapat sukarelawan² Pemuda UMNO akan memberikan bimbingan untuk membuat permohonan ini. Borang disediakan.
Tarikh tutup permohonan : 13 November 2014
* Harus diingat, rumah ini bukannya untuk diduduki selama²nya tetapi hanya untuk tempoh 2 tahun saja. Selepas daripada itu, penyewa kena berpindah dan beri ruang kepada orang lain juga tinggal di Rumah Transit ini.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..