Monday, November 17, 2014

Jangan Terus Diperbodohkan Pembangkang - @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu bersikap rasional dan tidak terus diperbodohkan oleh pembangkang yang sering memutarbelitkan apa jua isu termasuk menanam kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, hal demikian kerana pembangkang dilihat hanya ‘menawarkan’ isu-isu yang cuma bersifat popular seperti menjadikan segala perkara sebagai ‘percuma’.
“Jika dengar cakap pembangkang, semua nak percuma, tetapi dalam dunia ini, mana ada yang percuma. Jangan diperbodohkan oleh pembangkang, mereka akan putar belit apa jua isu.

“Ada tiga parti dalam pembangkang, masing-masing berbeza ideologi. Pas dan DAP berbeza dan mereka tidak saling percaya antara satu sama lain. Kalau begini, bagaimana nak tadbir negara? Malah mereka sendiri (sehingga kini) tak tampilkan Kabinet bayangan, siapa mahu jadi Perdana Menteri dan menteri-menteri. Apakah kita tahu? Tidak, sebab mereka pun tak tahu,” katanya ketika berucap dalam penutupan Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

“Prasyarat pertama bagi kelangsungan politik kita adalah untuk merapatkan barisan, memperkukuh parti, mengelak perpecahan dalam politik dan terus melangkah untuk semua rakyat Malaysia.

“Sebaik sahaja parti komponen memperkukuh keupayaan masing-masing, setiap parti mewakili komuniti tertentu di Malaysia perlu mengenal pasti apa yang diharapkan oleh golongan terbabit. Kita perlu berhubung dengan rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN masih kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan untuk mengkaji cadangan menjadikan Pelabuhan Sabah di Sepanggar sebagai hab pelabuhan dan perkapalan Malaysia Timur bagi menangani isu caj pengangkutan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...