Saturday, November 29, 2014

Kantoi Ada Pihak Sumbang Duit Kepada Mukhriz Mahathir? #PAU2014 @MukhrizMahathir @RajaNongChik @NajibRazak


Kecoh pagi ini di PWTC apabila Menteri Besar Kedah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Mukhriz Mahathir menerima cek berjumlah RM 8,000 daripada Old Putra Association.

Beliau yang merupakan Presiden ANSARA (alumni pelajar MARA) menerima sumbangan tersebut mewakili Noor Aisyah Shahira Binti Alfian yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba.


Bapa kepada pelajar berkenaan meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

Turut hadir pada majlis ringkas ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Raja Nong Chik dan juga YB Datin Norsabrina, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...