Full Width CSS

Mahasewel Tergamam Melihat Razlan & Armand Menunggu Depan Pintu #PWTC #PAU2014 @razlanrafii @Armand_PJU


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melalui Pengerusi Biro Briged Kesatria Muda, saudara Armand Azha & Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii tampil ke hadapan menahan 'serangan' demo oleh mahasewel.

Demo yang dianjurkan oleh Gerakan Mahasewel Islam Malaysia (GAMIS) mengekploitasikan beberapa orang penduduk kampung untuk menjayakan harapan retorik mereka kononnya berjuang demi penduduk yang tertindas.


GAMIS cuba menyampaikan memorandum yang tertera di dalamnya kekesalan mereka terhadap kegiatan kerajaan yang merobohkan kampung-kampung 'warisan' di sini.

Namun realitinya, GAMIS sendiri tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik aktiviti / perancangan yang dikatakan zalim daripada pihak pemaju. Bukanlah niat saya nak membela pihak pemaju tapi realitinya si mahasewel pun gagal mengkaji isu ini secara lebih mendalam dan mencari sumber berlainan selain 'mangsa'.


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Exco Pemuda UMNO, Armand dan Ketua Pemuda UMNO WP, Razlan kerana ke hadapan meletakkan diri sebagai benteng utama mempertahankan keharmonian Perhimpunan Agung UMNO 2014 ini daripada dicemari anasir bangsat yang cuba dibawa masuk ke dalam bangunan parti keramat ini.

Pujian juga harus diberikan apabila Armand & Razlan berjaya mententeramkan keadaan dan mahasewel akur akan kehendak yang disampaikan oleh Razlan.

Awek tu comel tapi jadi tak menarik sebab bersama-sama dalam kumpulan mahasewel.
Kesimpulannya memorandum diserahkan kepada wakil Presiden UMNO. Demontrasi bantahan diakhiri dengan bacaan doa dan mereka berpelukan atas semangat saudara seIslam.


LAGI GAMBAR
Medan Tempur Kedah
Pemuda Wilayah
Hafiz Azmi
Tv14

LAGI ARTIKEL
KL Chronicle
KL Xpress
MyMassa
Cucu Tok Selampit
Harapan Esok

Harap-harap lepas keluar artikel ni, ada lah orang call & sms saya seperti selepas artikel Open Day Pemuda UMNO Syok Sendiri yang lepas.

Al maklum sajalah, ramai yang marahkan saya ketika itu kononnya saya menulis atas dasar sesuka hati membalun. Kali ni saya menunggu mereka call juga untuk cakap sesuatu yang positif.

Apa lagi call lah saya !! 😎

Post a Comment

0 Comments