Full Width CSS

Mangsa Kebakaran Jalan Ikan Emas Diberi Perhatian Menteri Wilayah Persekutuan @TengkuAdnanReal @rizalmanmoktar


Simpati akan nasib mangsa² kebakaran Rumah Panjang Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan turun padang menziarahi mangsa² hari ini.

Ucapan takziah dan rasa simpati beliau serta Kementeriannya disampaikan kepada mangsa² kebakaran.


Dalam kejadian awal Sabtu lepas, sebanyak 4 buah rumah terlibat dengan kebakaran yang dipercayai berlaku disebabkan litar pintas. Kejadian malang pada jam 5.30 pagi itu disedari oleh seorang penghuni rumah paling hujung ketika rata² penghuninya masih lagi nyenyak tidur.


Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menegaskan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan rumah tidak berpenghuni di atas tapak yang sama untuk 4 buah keluarga ini meneruskan kehidupan seperti biasa.


Rumah yang ditawarkan ini mempunyai 2 buah bilik berbanding dengan sebelum ini hanya 1 bilik sahaja. Bagaimanapun jika ada keperluan mangsa ingin menukar tempat tinggal, mereka boleh membuat permohonan lain.

Tengku Adnan juga turut memberikan sumbangan bantuan kecemasan sejumlah RM1,500 kepada setiap keluarga mangsa untuk meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa². Bantuan daripada agensi² berlainan akan diterima secara berperingkat².


Terima kasih UMNO & Barisan Nasional kerana mengutamakan kebajikan rakyat.

Post a Comment

0 Comments