Full Width CSS

Risiko Lebih Tinggi Jika Sabah Berada Di Luar Malaysia - Rahman Dahlan @mpkotabelud #PAU2014


Desakan sebuah kumpulan minoriti yang berkepentingan mahu membawa keluar negeri Sabah daripada Malaysia merupakan satu tindakan yang terdesak dan tidak waras. Kumpulan ini tidak mempunyai penyokong yang kuat sebagaimana yang digambarkan melalui dada akhbar dan laman-laman media sosial kebelakangan ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tidak fikir panjang ini boleh dianggap satu usaha yang terdesak yang tidak bertanggungjawab dan cubaan membawa rakyat Sabah yang tidak bersalah dalam kancah permainan semberono kumpulan ini.

"Kita (Kerajaan) bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan rakyat dan kestabilan negara ini."

"Kita akan terdedah kepada masalah keselamatan, terdedah kepada tuntutan Filipina, terdedah kepada penguasaan kuasa-kuasa besar dan mungkin kita akan terjebak atau jadi lebih teruk lagi berada di luar Malaysia".

Hal-hal seperti di atas ini yang perlu difikirkan dahulu sebelum sebarang tindakan keluar daripada Malaysia diambil. Berapa peratus di antara 3.5 juta penduduk Sabah yang bersetuju dengan cadangan ini?

Berulang-ulang kali pihak Pembangkang menjaja cerita dan menekankan betapa pentingnya Sabah keluar daripada Malaysia. Namun jika Sabah keluar daripada kerajaan Persekutuan, apakah bentuk jaminan yang boleh diberikan oleh pemimpin PR di mana Sabah akan kekal selamat dan tidak akan menerima ancaman luar.

So apakah PR boleh memberi penjelasan kepada rakyat Sabah, adakah nasib mereka (rakyat Sabah) apabila berada di luar Malaysia?

Post a Comment

0 Comments