Full Width CSS

Syarikat Tempatan Diberi Pengiktirafan Kendali #MakkahMetro @dsjamilkhir @shahrilmokhtar @NajibRazak


Berita yang pasti membanggakan warga Malaysia terutamanya apabila pengendali perkhidmatan awam terbesar di sini berjaya membida untuk menjadi 'pengendali bayangan' bagi Fasa Pertama Metro, Program Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro).

Lebih membanggakan lagi apabila Prasarana berjaya menewaskan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan rel daripada Turki, Korea dan lain-lain negara.


Kejayaan ini diumumkan oleh Dato' Sri Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, kejayaan ini membuktikan bahawa syarikat ini setaraf dengan pengendali rel terbaik di dunia.

“Selain memacu kami untuk mendekati wawasan kami sebagai pengendali pilihan sistem pengangkutan awam massa bertaraf dunia, kejayaan tersebut mengukuhkan peluang kami untuk memenangi bida akan datang untuk kerja-kerja Pengendalian dan Penyelenggaraan empat laluan Makkah Metro, di samping kerja-kerja Pengendalian dan Penyelenggaraan projek Aliran Selatan Metro Al- Mashaaer Al Mugaddassah yang menampung jutaan ummah semasa musim Haji setiap tahun,” katanya.

Info

1. Pada musim haji lepas seramai 12 orang kakitangan teknikal telah ditugaskan memberi bantuan teknikal operasi Aliran Selatan Metro Al-Mashaaer Al Mugaddassah.


2. 'Pengendali Bayangan' bermaksud Prasarana bertanggungjawab memberi perkhidmatan consultant dalam bidang Pengendalian & Penyelenggaraan Sistem Rel.

3. Fasa Pertama Makkah Metro meliputi dua (2) jajaran dengan 22 stesen keseluruhannya.

4. Jarak perjalanan tren sejauh 45.1 km termasuk 24.9 km rangkaian rel bawah tanah.

5. Tempoh kontrak 30 bulan (2 tahun 6 bulan) dan dalam tempoh tersebut Prasarana akan merangka budaya perkhidmatan dan organisasi pelanggan.

6. Kontrak bernilai RM9 juta itu dijangka bermula pada Disember ini. Fasa pertama Makkah Metro dijangka siap pada 2019.

7. Pada musim Haji yang lepas 2014, Prasarana telah bekerjasama dengan Ekpress Rail Link Sdn Bhd untuk menyokong sementara operasi Aliran Selatan Metro Al- Mashaaer Al Mugaddassah.

Kejayaan dan hasil kerja anak-anak Malaysia kini menjadi perhatian dunia. Proud to be Malaysian.

TAHNIAH PRASARANA

Post a Comment

0 Comments