Full Width CSS

UMNO Selangor Digesa Adakan Perubahan @NajibRazak


UMNO Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu UMNO Selangor terima, iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.
Najib berkata, UMNO Selangor tidak boleh lagi terus menggunakan strategi dan langkah yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil berlainan.

"Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.

"Apakah kita memerlukan pemikiran yang luar biasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?," katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di PWTC di sini, hari ini.

Beliau berkata, UMNO Selangor juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor kini untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


P/s : Tonjolkan muka baru kepimpinan UMNO negeri is the best way untuk melihat penyatuan kalangan ahli parti di negeri Selangor ni.

Do now or never

Post a Comment

0 Comments