Sunday, November 30, 2014

[Video] Kesejahteraan #SabahOKBah, Bandar & Remaja @MpKotaBelud @GoteamRD #PAU2014


Bicara berkenaan politik, elok juga kita merenung kembali dan mengetengahkan semula latar belakang dan status pendidikan yang merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara.

Dalam hal ini, konteks berikut perlu diberi perhatian sewajarnya:
1. Falsafah Pendidikan Negara merupakan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2. Capaian kepada pendidikan (access to education) adalah hak semua warganegara. Perhatian perlu diberi kepada golongan yang tertinggal daripada sudut sosio-ekonomi termasuk golongan luar bandar, penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak dan warga kota yang berpendapatan rendah.

3. Pendidikan yang berkualiti adalah faktor kritikal dalam agenda pembangunan negara. Sehubungan itu sebarang usaha meningkatkan kualiti pendidikan di semua peringkat hendak diberi sokongan penuh dan peruntukan kewangan diberikan secukupnya.

4. Sekolah dan institusi pendidikan mestilah mewujudkan suasana yang kondusif untuk mengembangkan potensi seramai mungkin pelajar ke tahap yang cemerlang dalam segenap aspek bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

5. Kos pendidikan yang terus meningkat adalah isu semua anggota masyarakat yang perlu ditangani dengan bijaksana.

6. Kehendak rakyat untuk melihat anak mereka terdidik dengan sahsiah dan keperibadian tinggi melalui nilai Islam yang diterapkan secara syumul dan menyeluruh mesti diberi perhatian sewajarnya. Dalam hal ini, usaha yang dilaksanakan oleh pihak bukan kerajaan dalam mengoperasikan sekolah Islam hendaklah dilihat sebagai usaha penting dalam menjana modal insan yang bakal memberi sumbangan besar kepada negara pada suatu hari nanti.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata bajet negeri tahun depan akan mengambil kira kedudukan ekonomi sedia ada dan memberi tumpuan ke atas perbelanjaan berimbang.

"Kerajaan negeri mesti menimbang situasi ekonomi semasa serta mengelak perbelanjaan tidak perlu," katanya selepas merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di sini hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaannya namun keperluan rakyat dan projek penting tidak dipinggirkan.

"Kerajaan negeri masih ada rizab yang sihat. Namun, kita mesti ingat bahawa dalam berbelanja untuk pembangunan sosioekonomi negeri, kita juga mesti menyimpan untuk masa depan," katanya.

Musa dijadual membentangkan Bajet Negeri Sabah 2015 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri 7 November ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum itu berkata Musa sudah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sabah sepanjang sembilan tahun menjadi Ketua Menteri.

Musa sudah menaikkan bajet negeri ke paras yang dipuji dan menurunkan kadar kemiskinan daripada 30 peratus kepada sembilan peratus, katanya dan menambah setiap tahun jabatan-jabatan kerajaan menerima penarafan lima bintang atas kecekapan dan pengurusan.

Musa juga mengambil berat kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau agama dan kerap turun padang untuk mengetahui apa yang berlaku di akar umbi," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...