Full Width CSS

[Video] Pemuda UMNO WP Sedia Berdebat Dengan Pemuda PAS @TengkuAdnanReal @razlanrafii @UMNOWP


Kelmarin Dewan Pemuda PAS tiba² meroyan apabila mereka terkesan @ terasa dengan kenyataan bersahaja Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berkenaan ucapannya ketika program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

Di dalam ucapan tersebut Tengku Adnan menyifatkan PAS adalah sebuah parti ajaran sesat kerana sudah lama mereka mengamalkan perkara² yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.


Apa Tengku Adnan cakap?

"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. Tengku Adnan

Dek kerana Amanat Haji Hadi Awang, umat Islam sudah menjadi semakin keliru apabila ada yang sembahyang 2 orang Imam di dalam sebuah madrasah disebabkan amanat yang mengatakan apa saja yang dilakukan oleh orang UMNO adalah haram dan tidak boleh diterima.

Ini juga termasuk dengan hasil sembelihan ternakan oleh orang UMNO serta yang lebih mengejutkan apabila ada berlaku kematian di kalangan orang UMNO, maka orang² PAS sanggup untuk terus setia bersama amanat tersebut dan menolak untuk menziarahi jenazah apatah lagi membantu urusan pengkebumian.

Realiti ini yang harus diakui oleh PAS sebenarnya. Mereka tak boleh menafikan hal ini telah telah terjadi sekian lama. PAS seolah² lebih mengagungkan arahan pemimpin mereka berbanding apa² perkara yang dianjurkan dalam Islam.

Hal ini yang tidak disedari oleh kebanyakan pengikut PAS di mana mereka hanya patuh tanpa usul periksa 'fatwa' yang dikeluarkan. Benar kata Ketua Pemuda UMNO WP, saudara Razlan Rafii berkenaan PAS ini. Demi pangkat dan kuasa, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu.


Berikut video penuh sidang media Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berhubung isu PAS meroyan dek ucapan Tengku Adnan.

Post a Comment

0 Comments