Wednesday, December 3, 2014

Ada Lagi Nabi Selepas Nabi Muhammad S.A.W? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA


Ramai kalangan kawan² saya menfowardkan dua keping gambar daripada sebuah buku bertajuk "Beginilah Al-Quran Mengajar Kami" yang di dalamnya terdapat unsur² tidak boleh dipercayai.

Lihat di bawah.


Sefahaman saya dan para Pembaca sekalian, semenjak kecil telah diajar bahawa tiada lagi utusan Allah yakni Nabi / Rasul selepas Muhammad S.A.W.

Tetapi buku ini telah memanipulasi fakta kononnya terdapat lagi Nabi baru selain Baginda S.A.W. Dibimbangi jika tiada kawalan terhadap buku² seperti ini akan membuatkan anak² kecil, golongan mualaf atau barangkali orang bukan Islam akan mempercayai terdapat Nabi Allah yang lain.

Pihak berkuasa yang diamanahkan untuk melakukan tugasan penapisan harus lebih peka sekiranya buku ini telah melalui saluran tapisan di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mohon kepada semua pihak supaya alert akan permasalahan ini. Jika kalangan Pembaca juga mengalami perkara serupa, dimohon untuk mengambil tindakan tertentu atau mengadu kepada pihak berwajib.

4 comments:

  1. Saya difahamkan...muka surat tuu menerangkan pegangan yg SALAH. Someone took those 2 pages and made it viral. Cuba tuan baca sendiri buku tu. Saya blum berpeluang.

    ReplyDelete
  2. Orang pas kata nik Aziz.....wallahualam

    ReplyDelete
  3. Saudara, sila baca buku tu sampai habis. Fahamkan apa yang dimaksudkan oleh penulis. Adakah penulis buku tersebut menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan nabi yang terakhir, atau adakah beliau menegaskan pendapat-pendapat salah berkaitan nabi akhir zaman? Adakah dengan melihat dua muka surat sudah cukup untuk menilai kandungan sebuah buku? Tolong jangan viralkan sesuatu yang belum pasti...please!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Bahagian Penapisan Dan Pameran, Pusat Da'wah Islamiah ingin memberikan penjelasan mengenai buku bertajuk :
    "Beginilah Al-Quran Mengajar Kami", Penulis: Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir dan Mohd Zamri Mohd Zainuldin. Terbitan: Telaga Biru, yang dipercayai mengandungi fakta mengelirukan pada mukasurat 32.

    Dimaklumkan bahawa hasil penelitian Unit Penapisan Terbitan-Terbitan mendapati bahawa, pada mukasurat 31 hingga 33 adalah menjelaskan mengenai dengan tajuk "CONTOH KITAB TAFSIR YANG BAIK" dan "CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH" sepertimana yang telah ditekankan oleh penulis buku berkenaan.

    Oleh itu, isi kandungan pada mukasurat 31 hingga 33 berkenaan JELAS HANYA MRNERANGKAN MENGENAI CONTOH KITAB TAFSIR YANG SESAT DAN SALAH.

    Sehubungan dengan itu, isi kandungan di dalam buku berkenaan TIDAK BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM sebagaimana yang disebarkan melalui Whatsapp dan MAKLUMAT YANG TELAH DISEBARKAN ITU ADALAH TIDAK BETUL.

    Pusat Da'wah Islamiah (PDI) ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan orang ramai mengenai perkara ini.

    Jika orang ramai ada kemusykilan mengenai sebarang terbitan yg g mengelirukan & menyeleweng daripada ajaran Islam, orang ramai bolehlah menghubungi PDI melalui talian 2383996 / 2383882 / 2383447 atau layari Fanpage Pusat Da'wah Islamiah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...