Full Width CSS

Ketua Pemuda UMNO WP Minta Dikongsikan Lokasi Mangsa Banjir Belum Terima Bantuan @TengkuAdnanReal @razlanrafii #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Pagi ini Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah berlepas menuju ke 3 (tiga) buah daerah utama di negeri Pahang bagi menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan semenjak 25 Disember 2014 yang lepas.

Antara daerah² tersebut adalah Temerloh, Kuala Lipis dan Maran. Beberapa buah kampung telah dikenalpasti dan laporan mengenai bekalan tidak sampai telah dimaklumkan kepada Pemuda & Puteri UMNO WP kerana disebabkan masalah logistik tempatan. Konvoi akan cuba meringankan bebanan yang ditanggung pasukan penyelamat.


Antara sumbangan² yang telah dikumpulkan adalah berupa keperluan harian mangsa seperti beras, makanan tin, air bersih, diapers kanak², pakaian dan beberapa lagi keperluan lain seperti ubat-ubatan serta sebagainya.

Chief De Mission merangkap Ketua Pemuda UMNO WP, saudara Mohd Razlan ketika berucap beliau memberitahu tujuan konvoi bukan sekadar menghantar barangan keperluan seberat 10 tan ini ke pusat pengumpulan barangan sumbangan sahaja bahkan lebih daripada itu. Konvoi akan menghantar terus bantuan ke tangan mangsa² banjir.

"Kami diarahkan oleh kawan² kami di sana untuk terus pergi ke kampung² yang betul² memerlukan (bantuan makanan)", katanya.

Dalam ucapan tersebut juga beliau menggesa mana² pihak terutamanya yang belum menerima bantuan agar dapat berkongsi kedudukan sebenar agar mudah dikesan oleh pihak berkuasa terlibat dan kurangkan berkongsi maklumat² yang menyedihkan.


"Cerita sedih tidak boleh membantu kita menyelamatkan kawan² kita di sana. Minta tolong beritahu kepada mereka (mangsa) di mana lokasi dan landmark jika kami hendak kongsikan maklumat tersebut kepada pasukan penyelamat dan ianya amat berguna kepada kami untuk menyampaikan bantuan", jelasnya.

Beliau berkata demikian kerana pasukan penyelamat hari ini menghadapi kesukaran untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa² banjir terutamanya apabila terdapat begitu banyak perkongsian kisah² mangsa yang belum menerima apa² bantuan kerana pelbagai masalah.


Pelepasan peserta Konvoi Misi Bantuan Prihatin Pemuda & Puteri UMNO WP dilakukan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor. Untuk rekod, lebih 80 orang peserta termasuk Ketua² Pemuda & Puteri turut serta dalam konvoi prihatin ini.

Semoga misi ini berjaya mencapai objektifnya dan dipermudahkan segala urusan dalam membantu mangsa² banjir di negeri Pantai Timur. Semoga Allah memberkati usaha murni ini daripada anak² bandar Kuala Lumpur.

Ikuti perkembangan & gambar konvoi semasa di laman Facebook :-
Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan

Post a Comment

1 Comments

  1. Harap selaraskan dengan pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana supaya tidak jadi isu di mana ada kampung yang dapat 4 atau 5 kali bantuan sedangkan ada kampung lain tak dapat dan kerajaan juga yang disalahkan. Ini kerana banyak NGO nak buat kerja sendiri tak mau melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana. Sila uruskan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh para Pegawai Daerah di kawasan tersebut. Sekian, terim kasih.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..