Full Width CSS

Kurangkan Penggunaan Mobile Data Di Kawasan Banjir #timbangrasa @NajibRazak @shaberyc @razlanrafii


Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran berlaku kejadian banjir dan bencana alam diingatkan supaya menghadkan penggunaan mobile data melalui telefon pintar.

Satu bentuk risalah telah disebarkan awal minggu ini menunjukkan keperluan & kepentingan komunikasi di kawasan berlaku bencana banjir hari ini.


Apabila berlaku kejadian banjir, perkhidmatan telekomunikasi mungkin akan mengalami gangguan disebabkan kesesakan talian atau terputus bekalan elektrik. Ini disebabkan beberapa faktor yang mungkin orang ramai tidak berapa tahu mengenainya.

Setiap pencawang mempunyai sebuah bilik generator / 'pejabat operasi' untuk mengalirkan frekuensi radio mahupun telefon. Kemungkinan apabila berlaku banjir, paras air yang tinggi akan merosakkan sistem 'pejabat operasi' telekomunikasi. Akibat daripada itu, TNB terpaksa mengambil tindakan menutup tenaga elektrik atas faktor keselamatan.

Disebabkan hal tersebut, frekuensi radio & telefon menjadi semakin terhad dan lemah kerana penutupan pencawang berdekatan kawasan banjir. Oleh itu amat mustahak, kesedaran orang ramai mengenai komunikasi kecemasan melibatkan mangsa yang masih belum diselamatkan dengan pasukan mencari & menyelamat adalah sangat penting kerana ia membabitkan nyawa.

Dalam masa yang sama, mangsa² mahupun pasukan sukarelawan diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui radio² tempatan.

So stop selfie & upload gambar² yang tidak berapa penting untuk disebarkan ke seluruh dunia. Utamakan kepentingan keselamatan bersama. Apa yang penting jangan selfish masa musim banjir ni !

Post a Comment

0 Comments