Full Width CSS

Nampak Tak Game Pembangkang & Syarikat Insurans Mahukan Darurat #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur



Selagi Perdana Menteri tak sampai Malaysia selagi tu tak senang duduk macai-macai Pembangkang apabila mereka beriya-iya mendesak agar Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pulang ke Kelantan melawat mangsa-mangsa banjir.

Walhal sebelum Najib ke Amerika, beliau telah turun padang berjumpa mangsa-mangsa banjir terlebih dahulu pada 20 Disember 2014 yang lepas. Menurutnya, beliau sendiri sudah dimaklumkan berkenaan status harian banjir di Malaysia semasa di luar negara.


Tiba-tiba Malaysia digemparkan dengan gambar Najib bermain golf dengan Presiden Amerika, Barrack Obama di Hawaii dikeluarkan oleh Washington Post dan ia digunakan sepenuhnya oleh macai PR untuk spin isu tersebut.

Mereka mempersoalkan kenapa PM boleh bermain golf disaat rakyat Kelantan 'kelemasan' tetapi perkara utama yang tidak dimention oleh macai PR adalah ke mana pula hilangnya pemimpin utama Pembangkang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin parti pakatan yang lain.

Setiap masa di dalam media sosial terutamanya Facebook dipenuhi dengan desakan macai menggesa Najib pulang ke Malaysia. Muslihat yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang adalah ia adalah 'rancangan' pihak tertentu berkepentingan terhadap kesempatan yang ada. Pemimpin PR saban hari menyuarakan cadangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan darurat namun tidak diendahkan oleh beliau kerana 'kuasa ekslusif' tersebut hanya Perdana Menteri saja boleh umumkan. Ditambah lagi dengan perkhabaran berita Najib akan pulang ke Malaysia hari ini.

Penyudahnya hari ini, Najib sampai direct dari Amerika terus menuju ke Kelantan. Beliau turun padang dan melihat sendiri masalah yang terpaksa ditanggung mangsa-mangsa banjir. Akhirnya detik yang ditunggu oleh sekalian pihak berkepentingan di sini.


KELANTAN TIDAK DIISYTIHARKAN DARURAT

Berita ini sudah pasti sukar & berat untuk diterima oleh pemimpin PR dan pastinya juga syarikat-syarikat insurans. Ini kerana dalam situasi begini (banjir), syarikat insurans pasti mahukan pengumuman tersebut menjadi realiti agar mereka boleh mengaut keuntungan tanpa perlu membayar semula ganti rugi kepada mereka yang telah mengambil insurans dan menambah polisi bencana alam untuk premis dan kenderaan.

Untuk makluman, jika darurat diumumkan maka secara otomatiknya tiada bayaran ganti rugi akan diberikan kepada pembeli polisi insurans. Atau dalam bahasa mudahnya, tiada bayaran ganti rugi.

Namun saya pasti kebanyakan penduduk Kelantan terutamanya, sudah alert akan masalah banjir saban tahun ini. Maka mereka sudah awal-awal lagi membeli polisi insurans yang tentu sekali cover / meliputi ganti rugi kerosakan premis & kenderaan.

Persoalannya adakah desakan supaya PM balik dan mengumumkan darurat sebenarnya telah dirancang oleh pemimpin Pembangkang dan syarikat insurans atau ianya adalah kebetulan saja? Pastinya jika tidak dipantau oleh kerajaan selepas ini, syarikat insurans akan main tarik tali dengan pembeli polisi insurans mereka.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..