Full Width CSS

Tahniah Pemuda #UMNO Semakin Kurang Program Syok Sendiri #KataKita @Khairykj @AzwanBro


Pertama sekali saya ingin rakamkan ucapan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Johor kerana berjaya merangka satu program yang berbentuk komunikasi 2 hala tetapi dalam masa yang sama berjaya menarik minat orang ramai terutama dari luar UMNO untuk turut serta secara tidak langsung.

Umum ketahui sesi Townhall #katakita ini diadakan untuk menjadi platform terbaharu menyatakan pendirian kerajaan berhubung pelbagai isu yang membelenggu fikiran rakyat hari ini. Mungkin townhall dalam bahasa yang mudah kita fahami adalah 'ceramah umum'.


Realitinya hari ini, orang ramai terutama generasi Y tidak meminati ceramah² umum yang diadakan sama ada ianya berkisarkan kepentingan rakyat mahupun kepentingan politik. Hah ok, itu bab lain lah dan mungkin panjang kalau kita nak huraikan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana bersetuju mengorak selangkah keluar daripada PWTC & tempat² UMNO dengan berada di lokasi strategik dan dirasakan mencapai golongan sasaran.

Sebelum ini, saya pernah menyarankan di dalam blog ini berkenaan program Pemuda UMNO Malaysia yang boleh dikira sebagai syok sendiri, baca di sini. Barangkali mereka (Pemuda UMNO Johor) mengambil kira beberapa points yang saya kongsikan di dalam artikel tersebut, maka mereka mengambil ketetapan untuk mengadakannya di lokasi tumpuan awam. Namun jika ianya bukan datang daripada idea saya, lantakkanlah tetapi apa yang penting program ini telah dibuat di lokasi umum dan bukan lagi di kawasan kita sendiri.

Difahamkan program ini melibatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang sanggup turun padang membincangkan topik kepentingan keharmonian kaum dan penerangan mengenai kepentingan Akta Hasutan - 1948 bersama² seorang lagi panelis Jr Tey yang merupakan seorang pengamal undang².


Konsepnya tetap sama tetapi ia diadakan di hadapan pelbagai peringkat golongan rakyat dan diyakini sambutan yang diterima adalah positif. Saya yakin jika Pemuda UMNO berani mengambil risiko dari segi kurang kehadiran atau kurang mendapat sambutan, Insyallah lama kelamaan visi program ini akan tercapai secara perlahan². 

Apa yang penting adalah berani mengorak langkah baru berdepan dengan rakyat, bukan syok sendiri berada di kalangan orang² UMNO.

Post a Comment

1 Comments

  1. Puak-puak tua gayut dalam UMNO masih susah nak terima cara ni...kengkadang rasa terancam bila ada golongan muda lebih advance dari mereka mulalah mengumpat dan cantas. So itu yang kena tukar. Tahniah KJ bawa perubahan, Ini yang kami mahukan!

    Tak masuk jadi ahli UMNO tak bermakna tak boleh sokong UMNO dan undi UMNO.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..