Wednesday, December 31, 2014

Tangan Hitam Bertanggungjawab Terhadap #MH370 #MH17 #QZ8501? - Blogger China


Tindakan seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).


Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.

Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."

The apparent predictions have gone viral on social media and discussion forums such as Reddit (above), with some users expressing astonishment at the forewarning and others claiming it could be a hoax.

"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan betapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370 - MStar

3 comments:

  1. Biar pakar yg buat kenyataan. Stop la all the nonsence punya statement. Kita simpati kpd krluarga mangsa.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik blogger nih kat china.. kalau kat Malaysia dah lama SKMM cari!

    ReplyDelete
  3. mybe dia ni salah satu org yg tahu tentang rencana jahat oleh sekumpulan tangan hitam itu. Dia membuat pemberitahuan melalui blogger adalah untuk menyelamatkan org2 merekaa jd sesiapa yg ada trbaca blogger mkin dia salah satu org btuah kerana dpt mengelak dr rencana jahat tangan hitam itu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...