Full Width CSS

[Video] Pemuda & Puteri UMNO WP Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Kg. Puah Di Kuala Lumpur


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan diketuai Mohd Razlan Muhammad Rafli tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir di beberapa buah kampung sekitar Kampung Puah di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 31 buah keluarga dari tiga kampung yang berlainan, termasuk Kampung Puah Asal, Kampung Puah Lembah dan Kampung Puah terlibat dalam bencana itu selepas paras air dikatakan meningkat berikutan hujan lebat, semalam.



"Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya pihak terlibat dapat membuat penambahbaikan pada sistem pengairan air hujan untuk di salurkan ke suatu tempat yang sudahpun dirancang sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir, di sini hari ini.

Turut hadir pimpinan Umno Bahagian Wangsa Maju termasuk Naib Pengerusinya, Abd Razak Muhamad.

Tegas Razlan, beliau juga berjanji akan membawa rungutan penduduk kepada perhatian pihak atasan berkenaan isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini setiap kali hujan lebat turun secara berterusan.


Menurut beliau, Biro Kebajikan Umno Bahagian Wilayah Persekutuan telah menyampaikan beberapa sumbangan berupa barang keperluan asas serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa terima kasihnya terhadap beberapa pihak lain termasuk Pergerakan Puteri Umno Bahagian Wilayah Persekutuan serta Umno Bahagian Wangsa Maju yang prihatin dalam membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan ini sejak dari semalam.


Tahniah Pemuda & Puteri UMNO Wilayah Persekutuan

Sumber : Rakyat News

Post a Comment

0 Comments