Wednesday, January 29, 2014

Reezal Merican Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas ADUN Kajang? #1Malaysia @NajibRazak @reezalmerican

Kecoh dibuatnya apabila ADUN Kajang dengan selamba kodoknya meletakkan jawatan sebagai YB dan dengan harapan dapat memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk mengejar 'cita-cita' yang mungkin sudah lama diimpikan beliau.

Apa punya samdol lah permainan politik yang dijana oleh kepimpinan negeri Selangor. Habis tunggang langgang dibalun.

Ikuti 6 touch point menarik daripada Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung isu yang terjadi di negeri Selangor hari ini.

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut.

2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata.

3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.

4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman.

5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang.

6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.

P/s : Tiba-tiba pula kesian dengan pengundi yang susah payah bangun seawal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada 5 Mei 2013 yang lepas. Jasa pengundi tak dihargai.

Tuesday, January 28, 2014

Dua Kenyataan Akhbar Bertentangan Bukti PKR Tidak Sehaluan #1Malaysia


Selepas saja pengesahan perletakan jawatan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang diumumkan oleh Speaker DUN Selangor petang tadi, media dihujani dengan pelbagai kenyataan akhbar dari pelbagai pihak yang mengutuk dan memberikan pendapat mereka mengenai hal tersebut.

Namun ada dua kenyataan akhbar yang menarik minat saya untuk diketengahkan di sini. Pertamanya, kenyataan media daripada ketua macai Anwar Ibrahim iaitu Sam Ketot, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) puii.

Saturday, January 25, 2014

#BR1M Akan Diberikan Pertengahan Februari #1Malaysia @NajibRazak

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini sekali gus meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Alhamdulillah.

Dapatlah duit sikit untuk tampung perbelanjaan isi rumah. Lega apabila kerajaan Malaysia masih lagi prihatin dengan rakyat. Semoga ekonomi Malaysia akan terus berkembang kukuh dan rakyat mendapat limpahan daripadanya.

Tapi apa yang pasti nanti, puak-puak Pembangkang confirm akan berteriak macam tak pernah dapat duit BR1M. Mereka akan menyogok rakyat bahawa duit yang diterima tersebut sebenarnya hal milik rakyat dan tak perlu berterima kasih kepada kerajaan.

Mungkin juga akan kedengaran suara-suara sumbang yang menganggap usaha prihatin kerajaan ni sebagai ingin menjaga hati rakyat apabila harga minyak dan barangan keperluan yang lain naik harga.

Confirm ada juga pihak yang menabur kebencian terhadap kerajaan apabila hanya segelintir saja pihak yang menerima bantuan tersebut tetapi ada golongan yang dipinggirkan kerana mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada had yang ditetapkan.

Apa-apa pun reaksi peringkat rakyat, kita harus bersyukur at least kerajaan Malaysia masih lagi tahu membezakan antara menggunakan kuasa sebagai pemerintah zalim dan pemerintah prihatin akan masalah rakyat.

Kalau ada puak Pembangkang kata haram ambil duit BR1M tu, bak sini duit tu. Boleh saya buat donation pada orang-orang yang lebih memerlukan.

Apa Cittta ! Kepala Tren Monorel Dibawa Lari Dari Kilang? #1Malaysia

Kecoh lagi hari ini setelah semalam Nurul Izzah menggemparkan Malaysia apabila dia menuntut berpisah secara fasakh daripada suaminya yang telah dikahwini dan dikurniakan 2 orang anak.

Kekecohan ini bersambung lagi pula hari ini, bila kepala tren monorel pula 'tercabut' dan dibawa 'lari' daripada kilangnya di Rawang menggunakan lori treler.

Buat para pembaca, jangan nak buat-buat terkejut pula. Mungkin ada kalangan pembaca yang telah mengetahui setelah membaca akhbar hari ini di mana warga kota Kuala Lumpur bakal merasai hasil transformasi Government Transformation Programme (GTP - Roadmap).

Bermula dari pagi tadi sehingga hujung minggu ini, RapidKL akan memulakan proses mengangkut koc-koc tren monorel daripada kilang di Rawang dan dibawa ke depoh Monorel, Brickfield, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja penyambungan koc.

Untuk makluman, sebelum ini tren monorel hanya mempunyai 2 koc sahaja dan menerusi pemerhatian serta survey yang dibuat, pihak Prasarana telah melakukan penambaikan pada sistem transit monorel ini kerana bilangan hari penumpang telah mencecah seramai 100,000 orang sehari.

Tahniah kepada Prasarana yang berusaha gigih memenuhi tanggungjawab sebagai public transport provider utama di Kuala Lumpur.

Nak tengok lagi gambar-gambar pemindahan tren monorel ni, jom like Facebook : www.facebook.com/myrapid

Friday, January 24, 2014

Alhamdulillah Murid Melayu Islam Dihina Cikgu Cina Pula #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @PKamalanathan


Agaknya memang setiap perkara ni selalunya bermusim berlaku. Selepas guru mualaf dihina Guru Besar yang mengarahkan gurus tersebut membuka tudung. Kemudian timbul pula isu, penyanyi bertudung diarahkan turun pentas kerana hal yang sama.

Kali ini anak murid Melayu beragama Islam yang menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) pula dilayan seperti lembu. Satu penghinaan yang biadap oleh kaum Kiasu ini.

Apa yang kita lihat hari ini ialah CUBAAN daripada pihak mereka yang sengaja membuat provokasi walhal umum mengetahui tidak apa-apa isu perkauman langsung ditimbulkan mutakhir ini oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Kita sendiri boleh faham dan menilai bahawa selepas isu ini dibesarkan oleh media dan media sosial, ia akan mengundang sedikit kontroversi di mana banyak pihak akan melatah dan penyelesaiannya ialah mereka yang mencetuskan provokasi ini meminta maaf dan menyesal akan tindakan mereka yang lepas.

Mengapa ini terjadi?

Saya pasti tiada tertulis pada peraturan sekolah berkenaan jika anak murid tidak menyiapkan kerja sekolah maka mereka dikehendaki memakai loceng di leher dan makan rumput.

Sebelum kita melangkah ke fasa yang lebih angresif, fikir-fikirkanlah dan saya teringin menunggu dan melihat mana-mana pihak yang sudi menyebelahi kedua-dua anak murid tadi.


* YB Kamalanathan mungkin boleh bersuara kot, kan YB.

Thursday, January 23, 2014

Semua Pihak Tolong Hormati Pendirian Nurul Izzah & Suami !! #1Malaysia #AnwarJepun @n_izzah

Kecoh seharian apabila Nurul Izzah didakwa sedang dalam proses penceraian dengan suaminya digembar gemburkan dalam laman media sosial hari ini.

Nurul Izzah dikatakan menuntut fasakh daripada suaminya atas sebab-sebab yang tidak didedahkan tetapi amat pelik jika si isteri yang sibuk dengan ke sana sini berpolitik dan menabur fitnah ke seluruh pelusuk tanah air tiba-tiba pula memohon berpisah dengan suaminya.

Logik sekiranya si suami menceraikan si isteri jika suami merasakan isteri tidak boleh memberikan komitmen terbaik dan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri & ibu kepada anak-anak.

Hah lantak pi lah dia nak bercerai ker apa tapi apabila membaca permintaan Ahli Parlimen bermusim ini yang mohon diberikan ruang kepada dia dan suami, nampak macam tak adillah.

Sebabnya, takkan lah rakyat tak boleh nak cakap apa-apa berkenaan rumah tangga dia sedangkan sebelum ini dia dan kuncu-kuncunya sibuk mempersoalkan keluarga Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan isteri. Adakah PM tidak berhak mendapat ruang privacy seperti yang diminta Nurul Izzah kali ini?

Dalam politik yang diterapkan Pembangkang hari ini, don't ever give them a chance even it related to family matter. So dalam erti kata rock, what you give you get back haha.

Wednesday, January 22, 2014

Ramalan Dr. MiM Tepat Bila Anwar Gagal Masuk Jepun #1Malaysia

Akhirnya, jangkaan MiM sebelum ini tepat apabila kes Anwar Ibrahim dilarang masuk negara Jepun adalah disebabkan salah beliau sendiri dan tiada kena mengena dengan UMNO atau kerajaan BN Persekutuan seperti yang difitnah oleh rakan-rakan Ketua Pembangkang.



Entri MiM :
Perlu diingat bahawa Anwar Ibrahim adalah bekas banduanyang didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa. MP Permatang Pauh, Pulau Pinang itu dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun. 
Dan Anwar termasuk dalam Article 5 (any alien who falls under any of the following items shall be denied permission for landing in Japan) : 
5 (iv) A person who has been convicted of a violation of any law or regulation of Japan, or of any other country, and has been sentenced to imprisonment with or without work for 1 year or more, or to an equivalent penalty. 
Makanya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar masih perlu mengisi borang visa atau dokumen-dokumen lain, tidak seperti rakyat Malaysia lain yang bukan bekas banduan seperti Ketua Pembangkang itu. seterusnya

Monday, January 20, 2014

Apa Pula Demands Tak Munasabah Sekolah Tamil Ni? @ShahrilMokhtar #LEP #1Malaysia


Sikap CASTLEFIELD ini boleh saya conclude sebagai sikap tamak haloba dan “selfish” dengan hanya memikirkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan dan kesenangan penduduk kawasan sekitar.

Untuk memudahkan pembaca, saya akan ceritakan “chronology of event” rundingan syarikat PRASARANA dengan SRJK CASTLEFIELD.

Apa Cerita Projek LRT Langgar SRJK Castlefield @NajibRazak @ShahrilMokhtar #1Malaysia #LEP


Apa kes Prasarana dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Castlefield.

Saya merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA) yang kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu di Klang yang telah menghalang kontraktor PRASARANA memulakan kerja construction di tapak pembinaan yang telah disediakan.

Tindakan kumpulan ini telah melanggar perintah mahkamah yang diterima oleh PRASARANA dimana mahkamah telah membenarkan PRASARANA memulakan construction ditapak SRJK CASTLEFIELD. Bukan itu sahaja malah kumpulan individu ini telah bertindak ganas sehingga mencederakan anggota polis bantuan PRASARANA & bagi saya individu ini harus disiasat dan ditangkap oleh pihak PDRM.

Saturday, January 18, 2014

Live Lintas Langsung Himpunan Aman Sokong Perdana Menteri @NajibRazak #1Malaysia #PulauPinang #UMNO

Sekarang ini sedang berlangsung himpunan aman sokong Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak yang diadakan di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Himpunan ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada Perdana Menteri yang dihentam oleh Pembangkang mutakhir ini.

Dalam masa yang sama juga perhimpunan ini juga mengecam tindakan beberapa pemimpin Pembangkang yang tidak matang dengan sengaja menimbulkan provokasi dan bertindak keterlaluan apabila timbul isu 'kangkung' jajaan Pembangkang baru-baru ini.

Tahniah kepada keseluruhan yang ahli UMNO dan Barisan Nasional yang turun menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri hari ini. Syabas !!

Di Saat Rakyat Diminta Berjimat, ADUN Membazir #Kangkung #1Malaysia @NajibRazak

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.

"Tindakan ADUN itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat Perdana Menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.

"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Reezal yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.

Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.

Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.

"Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?.

"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baru yang nak diperkenalkan PKR," katanya.

Friday, January 17, 2014

Pemuda #UMNO WP Rancang Tubuh Skuad Pemantau Harga @NajibRazak #1Malaysia #Kangkung @KhairyKj @azwanbro @razlanrafii @RahmanHussin @kabir_akram

Pemuda UMNO terus 'mengganas' di pasar-pasar pagi. Setelah semalam Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut bersama Biro Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan Ketua-Ketua Pemuda di Pasar Borong Selayang.

Pagi ini pula giliran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan diketuai Ketua Pemuda saudara Razlan Rafii turun padang 'shopping' di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur seawal jam 630 pagi. Tujuan turun padang ini diadakan untuk memantau harga barangan dapur yang dikhuatiri akan dinaikkan oleh para peniaga dan mendengar feedback daripada pengguna sendiri.

Terdapat satu biro yang dipertanggungjawabkan untuk memikirkan, menerima dan bertindak untuk semua pihak. Biro Kualiti Hidup PPUM merupakan satu badan tugas khas yang berperanan memantau keadaan kehidupan semasa rakyat dan dalam masa yang sama membantu pihak berkuasa memantau harga-harga barangan keperluan dapur rakyat umumnya.

Juga berperanan seperti skuad pengguna dan sedia menerima apa-apa saja bentuk aduan daripada pengguna khususnya. Kalau nak lagi mudah faham, mereka ni jadi mata dan telinga untuk rakyat serta Kementerian yang berkenaan lah rasanya.

Dalam masa yang sama juga, bagi meningkatkan kualiti hidup, PPUM akan mewujudkan makmal-makmal yang khusus bagi mencapai hasrat objektif serta slogan UMNO iaitu berkhidmat untuk rakyat. Segala keputusan daripada kajian di makmal tersebut akan disampaikan terus kepada Kementerian terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Razlan, PPUNWP juga bercadang akan mewujudkan skuad pemantau harga di peringkat bahagian-bahagian seluruh Wilayah Persekutuan dengan objektif yang sama seperti yang disampaikan Khairy kelmarin.

Secara tidak langsung, ia bukanlah menjadi tugasan satu pihak saja bahkan ia sebenarnya tanggungjawab semua peringkat golongan rakyat bagi bersama-sama merealisasikan kepentingan sejagat.

Tahniah kepada Pengerusi Biro saudara Rahman Hussin dan seluruh team Biro Kualiti Hidup PPUM yang terus buat kerja tanpa banyak keluarkan statement tak berkualiti.

Thursday, January 16, 2014

Anak Cina Hina Perdana Menteri Melayu Islam, Tapi Orang Kita Buat Apa? #Kangkung @PDRMsia @NajibRazak


Inilah Cina yang buat video Kangkung yang over dalam menyindir hingga dah tahap menghina Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak.

Dia edit lagu remix secara membabi buta tanpa sedikit pun mengetengahkan apa objektif sebenar program yang diadakan semasa Najib menyampaikan ucapan. Padahal Najib telah mengumumkan bantuan TV flat screen, peti ais, tilam dan pelbagai lagi kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Namun kenyataan pendek mengenai sayur kangkung menjadi perkara yang diwar-warkan sehingga membuat rakyat yang tidak membuat research dan mendengar ucapan penuh Najib turut terpedaya persepsi dimomokkan oleh Pembangkang.

Nasi Lemak Rendang Babi Sudah Berada Di Pasaran #1Malaysia @HassanMalek



Nasi lemak tu makanan orang Melayu dan Rendang juga begitu tapi telah dimanipulasi untuk mengelirukan orang Melayu.

Bagaimana kita sebagai umat Islam boleh membezakan antara rendang ayam dan rendang babi.

Tepuk dada tanya selera.

P/s : saya terkedu dan terkeliru

Monday, January 13, 2014

Sambutan Terbaik #MalamCintaRasul Tahniah Pergerakan Pemuda #UMNO WP @NajibRazak @Khairykj @AzwanBro @TengkuAdnanReal @razlanrafii @NazirHussin79

Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Semoga kita semua mendapat syafaat daripadanya, amin.

Malam ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Ketuanya, Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dengan gandingan padu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa ditunjangi oleh Ketua Pemuda, Saudara Nazir Akhtar bersama-sama membawa kelainan pada sambutan Maulud kali ini.

Inilah julung kali sambutan Maulud Nabi yang diadakan secara besar-besaran di peringkat Pemuda UMNO WP. Program yang berbentuk kerohanian yang tinggi ini wajar dipuji kerana bukan saja mengingatkan kita kepada sirah Rasulullah bahkan secara tidak langsung warga kota dapay menjiwai peribadi Rasulullah melalu ceramah agama yang disampaikan.

Program sedang berlangsung di Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur. Sambutan yanh dilihat sangat menggalakkan dan rata-rata yang hadir, menghayati marhaban yang dialunkan secara beramai-ramai.

Friday, January 10, 2014

Orang Pilah Tak Suko Fitnah-Fitnah Ni #1Malaysia @NajibRazak

Kan den dah koba jangan main bedal je keluarkan konyataan kek Fesbuk. Ado ko bebudak ni poie cakap Pak Menteri, Hassan Malek nak lotak jawatan hari ini. Kejadahnya, main suko jo cakap tanpa solidik dulu.

Den takmo lah cakap banyak, pembaca semuo buleh baca sendiri konyataan laporan Polih yang dibuek Pergerakan Pemudo UMNO Bahagian Kuala Pilah potang tadi.
______________________

LAPORAN POLIS

Pada jumaat jam 9.00 pagi 10 January 2014 saya telah terbaca satu posting dalam Facebook seorang rakan saya terdapat satu posting oleh page AFIQ KL TOWN berkaitan seorang menteri kabinet barisan nasional yang akan meletakkan jawatan iaitu Yb Dato Hasan Bin Malek menteri KPDNKK.

Saya seterusnya telah berhubung dengan setiausaha politik Yb Dato Hasan Malek utk mengesahkan perkara tersebut dan saya di maklumkan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Pemuda Umno Bhg Kuala pilah merasa posting dalam facebook tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu hasutan kepada masyarakat untuk menjatuhkan kredibiliti Yb Dato Hasan Malek sebagai seorang Menteri kabinet daj kerajaan.

Posting tersebut dilihat mempunyai unsur utk rakyat berfikir bahawa kerajaan barisan yang ada sekarang adalah lemah dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan di khuatiri akan menimbulkan suasana huru hara di serta mencetus keadaan tidak sihat dlm pentadbiran negara.

Saya juga merasa khuatir bahawa ia adalah satu tindakan terancang yg di susun oleh pihak tertentu utk menjatuhkan kan imej kerajaan melalui serangan kepada imej kementerian yg menjaga hal ehwal pengguna dlm negara dan di kaitkan dengan isu kenaikan brg serta kos sara hidup yg di propaganda kan oleh pihak pembangkang sehingga mencetus kan satu perhimpunan bantahan kepada kjaan pada 31 disember lalu yg kita telah sedia maklum bahawa himpunan TURUN adalah satu cubaan utk mencetuskan huru hara serta menjatuhkan kerajaan.

Saya juga merasakan posting tersebut satu fitnah yg jelas kerana mengaitkan seolah olah kenyataan tersebut datang dari pihak keluarga Yb Dato Hasan Malek sedangkan saya di maklumkan tiada ahli keluarga Yb Dato Hasan Malek mengenali penulis.

Saya mohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan melalui peruntukan yg sedia ada terhadap penulis dan yg berkaitan dengan beliau bagi membersihkan nama Yb Dato Hasan Malek dan keluarga , kementerian yg di wakili oleh Yb dato Hasan Malek serta kerajaan secara umumnya.

Sekian laporan saya.
________________________

Habih macam mano nak buek ni. Laporan dah dibuek, kang tak pasal-pasal Pak Menteri saman cyberstroopers plak.

p/s : kan den dah koba havoc.. havoc..

Blog Berbahasa Inggeris #KLChronicle #1Malaysia @NajibRazak @razlanrafii


Barangkali mungkin para Pembaca ingin membaca artikel² politik dari blog yang aktif menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sila klik di sini

Pihak Sumber Manusia #HongLeong Boleh Tolong Jawab Tak Berkenaan Larangan Solat Terhadap Pekerja Muslim Oleh Pengurusan #WismaHongLeong Bank #1Malaysia @NajibRazak @dsjamilkhir


Semenjak artikel berkenaan Hong Leong Bank tidak membenarkan staf Islam mengerjakan solat fardhu diterbitkan, pelbagai kenyataan dan komen balas yang saya terima. Ada yang berunsurkan negatif, tidak kurang juga memberikan komen positif dan menyelar artikel terbitan blog ini.

Boleh rujuk di sini artikel tersebut.

Saya menulis daripada hasil percakapan antara saya dan seorang pekerja di sana yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan berkenaan isu yang dibangkitkan. Salah satu daripadanya ialah pihak pengurusan tidak membenarkan staf Islam menunaikan solat fardhu di dalam Wisma Hong Leong, Jalan Perak. Namun respon yang saya baca dan perolehi, banyak datangnya daripada negeri² lain dan bukannya datang sendiri daripada pihak pengurusan ataupun department Sumber Manusia, Wisma Hong Leong itu sendiri.

Video Sulit Perjumpaan Anwar Dan Pengundi Luar Negara #1Malaysia


Thursday, January 9, 2014

Blogger Kaki Fitnah Sudah Nyawa-Nyawa Ikan, Mohon Minta Nyawa #1Malaysia @KhairyKj


Semalam saya telah terbitkan satu artikel berkenaan blogger kaki fitnah yang dilahirkan Pembangkang telah dimasukkan ke Hospital milik Kerajaan di Klang.

Hari ini satu mesej berkeliaran di dada handphone saya berkenaan keadaan semasa blogger tersebut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mesej di atas saya perolehi oleh seorang kawan di dalam kumpulan Jingga13. Beliaulah satu-satunya sumber informer saya yang sering menyampaikan berita mengenai gerakan sulit Jingga13.

Wednesday, January 8, 2014

Pemuda #UMNO Telah Membantu 70,455 Pemohon Dapatkan Lesen Motor #1Malaysia @NajibRazak @AzwanBro


Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah sejak 2012 lalu telah membantu 70,455 pemohon untuk memiliki lesen motosikal yang sah.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, dari jumlah 210,000 permohonan yang diterima, hanya 138, 358 yang layak menyertai program ini selepas tapisan.

Takziah Blogger Kaki Fitnah Si Omakkau Dimasukkan Ke Dalam Hospital Kerajaan #1Malaysia


Baru mendapat perkhabaran daripada seorang kawan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau bekerja di sana dan merupakan seorang jururawat.

Dia kata dia kenal seorang minah yang dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas ni di Wad G3, katil nombor 24. Nama pesakit tu Hanisya Abdul Hamid, ahli PKR cabang Kapar. Macamne kawan saya boleh kenal dia, sebab kawan saya friends dengan blogger tersebut dalam Facebook.

Tuesday, January 7, 2014

Hong Leong Bank Tidak Benarkan Staf Melayu Islam Tunaikan Solat #1Malaysia #NUBE @NajibRazak @dsjamilkhir


Saya pasti pemandu² kereta yang melalui Jalan Perak berhampiran simpang Jalan P.Ramlee pada hari bekerja perasan dengan kain² rentang yang dipasang di hadapan Wisma Hong Leong daripada penghujung tahun 2013 dan pastinya sedar kehadiran beberapa orang pekerja yang memakai baju uniform yang sama berdiri di lokasi tersebut.

Saya sendiri kerap melihat gelagat mereka apabila melalui jalan sehala tersebut. Hari ini mungkin Tuhan membuka hati saya untuk berhenti seketika di hadapan Wisma Hong Leong untuk bertanya apakah maksud kepada kain rentang yang tertera perkataan 'HONG LEONG BANK HINA ISLAM' kerana sebagai seorang Muslim, saya ingin mengetahui apakah perkara yang menghina agama saya.

Monday, January 6, 2014

Hebat Politik #Selangor Orang Cina Arah Orang Islam Bubarkan #JAIS #1Malaysia @khalid_ibrahim @hannahyeoh


Wow bestnya toleransi dalam kepimpinan Pakatan negeri Selangor. Seorang ADUN perempuan, bukan sebangsa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengeluarkan kenyataan di laman twitter nya mendesak Khalid untuk menamatkan perkhidmatan pegawai JAIS yang mengarahkan operasi serbuan merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Itulah kehebatan kepimpinan negeri ini yang bercelaru dari hari pertama Pakatan memegang tampuk pemerintahan negeri. Tiada lagi batasan dan had tertentu yang tidak boleh disentuh oleh kaum lain terhadap agama² lain. Semuanya boleh asalkan berada di dalam Pakatan.

Hebat Golongan 'Agama' Kini Kaki Fitnah @realDrMAZA #1Malaysia @NajibRazak @PDRMsia


Betullah orang kata dunia akhir zaman ini, orang agama pun menggunakan kapisiti dirinya sebagai golongan pendakwah untuk menyampaikan fitnah kepada orang lain.

Respon Artikel MalaysianInsider Berhubung Sambutan 'Birthday Party' @Zahid_Hamidi #1Malaysia @NajibRazak


Membaca artikel daripada portal Pembangkang, MalaysianInsider berkenaan isu majlis Zahid Hamidi, saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang setelah saya baca. Boleh saya rumuskan sebagai rasa ketidakpuasan hati daripada editor sehinggakan totes dan handbag branded tetamu yang hadir juga menjadi pertikaiannya.

Sebelum saya pergi membuka lebih luas ruang bicara ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tuliskan ini merupakan pendapat peribadi saya dan tidak pernah diminta atau dibayar untuk berbuat sebegini. Jika para pembaca bersetuju dengan saya, boleh teruskan membaca dan jika tidak bersetuju, sila klik button X di penjuru atas sebelah kanan.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...