Saturday, August 30, 2014

Perkhidmatan LRT & Bas #RapidKL Dilanjut Sehingga 1 Pagi @MyRapidKL #Merdeka57


Untuk makluman malam ini perkhidmatan LRT & bas RapidkL dilanjutkan sehingga jam 1 pagi (31 Ogos 2014) bersempena sambutan Kemerdekaan Negara ke 57 tahun.


PPS : Lim Guan Eng Cabar KPN Seperti Samseng Jalanan - @reezalmerican @mpkotabelud


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dianggap sebagai seorang yang arrogant dan melampau.

Umum ketahui, Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan pertubuhan tidak berdaftar dengan ROS dan hal demikian telah diumumkan pada minggu lepas oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPPM) & Ketua Polis Negara juga telah mengesahkannya.

Kombinasi Berorientasikan Pencapaian Cemerlang Bakal Melahirkan Generasi Terbilang Pada Masa Akan Datang @mpkotabelud


Meniti perjalanan mengekalkan kemerdekaan negara hari ini adalah sesuatu yang sukar untuk dipertahankan jika tiada kesepakatan dan perpaduan antara kaum di sini.

Mencari jawapan kepada bagaimana mewarisi kemerdekaan kepada generasi akan datang adalah sesuatu perkara yang kompleks namun tetap ada jawapan untuk hal tersebut.

Friday, August 29, 2014

Bomba Gagalkan Rompakan Stesen Minyak @BombaJBPM @mpkotabelud


Anggota Bomba & Penyelamat Malaysia Tabuan Jaya, Sarawak berjaya menggagalkan rompakan di sebuah stesen minyak di sini lewat tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu berlaku di Jalan Setia Raja semasa anggota-anggota bomba terbabit sedang berada dalam mood standby di Balai Bomba bersebelahan stesen terbabit. Mereka terdengar bunyi cermin kaca pecah dan bergegas melihat apa yang sedang berlaku.

Bebal I : Ketum Nak Paksa Sultan Terima 1 Nama Calon Saja


Anwar Ibrahim @ KETUM mengesahkan PKR dan DAPig telah bersepakat membawa bencana kepada rakyat negeri Selangor dengan menamakan seorang saja calon yang dirasakan berkelayakan dan berkredibiliti dalam isu mencari siapakah Menteri Besar (MB) Selangor selepas Khalid Ibrahim.

KETUM mengumumkan perkara tersebut setelah DAPig berpendapat tidak perlu memberi nama lain kerana hasrat PR hanya untuk memberikan kerusi MB kepada isteri KETUM.

Thursday, August 28, 2014

Mampuih Kita Azwan Ali Ada Cita-Cita Jadi Perdana Menteri Sebenarnya @azwanhjali


Desas desus lawak yang diterima sebelum ini melalui sms dan what's app mahu pun di laman sosial, terdapat kombinasi nama Azmin Ali & Wan Azizah menjadi Azwan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Malang bagi semua orang. Ini yang benar-benar yang digembar-gemburkan apabila Azwan Ali pernah menyuarakan hasratnya menjadi Perdana Menteri.

DAP Rekrut Pasukan Komunis Yang Bakal Menular Ke Seluruh Malaysia


Siapa di kalangan pemimpin parti Pembangkang berani bersuara menyebelahi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi menegaskan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebenarnya merupakan persetubuhan pertubuhan yang tidak berdaftar atau dalam bahasa kurang ajarnya ialah pertubuhan haram jadah.

Confirm tak da yang berani bersuara kan.

Jalan Chow Kit TUTUP 29 - 31 Ogos 2014


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup beberapa jalan bagi penganjuran 'Memori Chow Kit Road 2.0' di sini pada 29 hingga 31 Ogos ini.

Menurut jurucakap DBKL, acara itu akan diadakan seperti biasa kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis bagi membatalkan pertunjukan itu.

Wednesday, August 27, 2014

#Bajet2015 : Wujudkan Makmal Kajian Bina Rumah Kos Rendah Di Bandar Untuk Golongan Muda - @razlanrafii


Kerajaan digesa mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, makmal ini juga perlu mengkaji tahap permintaan yang tidak seiring dengan penawaran bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan warga ibu kota.

Gaza Berjaya Capai Persetujuan Gencatan Senjata #SaveGaza #Pray4Gaza


Delegasi Palestin hari ini menyatakan, pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata 'jangka panjang' dengan Israel di Kaherah, bagi menghentikan pergolakan di Gaza yang masuk hari-50.

Bagaimanapun tiada maklum balas daripada pihak Israel terhadap persetujuan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama tujuh minggu di wilayah itu.

Tuesday, August 26, 2014

Anggota Bomba Mana Pula Ni Sambut Cabaran #IceBucketChallenge @khairykj @IsmailSabri60 @imokman @mpkotabelud


Ini mana punya anggota bomba yang mandi air sejuk berisi ais bagi menyahut cabaran #IceBucketChallenge ??

Tak pernah pula tengok video cabaran daripada mana-mana individu dan pihak tertentu kepada anggota-anggota bomba.

Tonton Live Streaming #JDT vs #Pulau inang #PialaMalaysia @KelabSiberJohor


LIVE : JDT vs Pulau Pinang 
Group C
Piala Malaysia

Gaji Punya Pasal, Pekerja Kilang Mengamuk


Sekumpulan pekerja kilang warga Myanmar bertindak membakar sebuah kereta dalam kejadian mogok dan rusuhan di Jalan Ganga, Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit, pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, pekerja berkenaan bertindak sedemikian berkaitan masalah gaji.

GEMPAR : Lelaki Menyorok Dalam Longkang Elak Dibunuh Gangster Rusia


Anggota Bomba & Penyelamat terpaksa berhempas pulas mengeluarkan seorang lelaki daripada sebuah longkang di sini.

Lelaki tersebut disyaki tidak siuman telah menyorok di dalam longkang dek kerana bimbang akan keselamatan dirinya akan dibunuh oleh gangster Rusia.

Monday, August 25, 2014

Identiti Model RBA Telah Dikenalpasti - Awek Terengganu Rupanya


Kecoh dalam Facebook hari ini apabila terdapat 2 keping gambar dan 1 video kontroversi yang dipercayai berlaku di Ipoh, Perak.

Kedua-dua gambar yang melihatkan model lelaki dan perempuan beraksi separuh bogel di tepi jalan raya & khalayak umum.

Tak Sabar Menunggu Lagi Kenyataan Populis KJ @KhairyKJ


TAHNIAH kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang telah berjaya melonjakkan namanya kembali hari ini dalam senarai orang popular di Malaysia berdasarkan kenyataan populis semalam. Setelah seminggu nama beliau tenggelam dek kemelut politik di Selangor, hari ini beliau mencipta kejutan berdasarkan keadaan semasa yang tidak sesuai sama sekali.

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan kenyataan KJ yang tak kisah sekira pekerjanya kelak seorang yang profesional tetapi tidak menyokong beliau dan mengundi parti Barisan Nasional (BN) kelak. Antara sebab musababnya ialah KJ berharap pekerjanya mengutamakan integriti semasa bekerja dan tidak membocorkan maklumat sulit dari pejabatnya atau mana² institusi kerajaan mereka bekerja.

Friday, August 22, 2014

GEMPAR : Anak Mengaku Emaknya Layak Jadi MB Selangor Pula Kah Kah Kah


Nurul Izzah kata mak dia yang kaki penipu tu 'mampu' untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baik. Takyah jadi MB pun seluruh dunia tahu dia seorang yang ibu & isteri yang 'baik'.

Dia tak pernah persoalkan sama ada laki dia ker dalam video dengan China Doll tu, dia tak pernah selidik betul ker laki dia bukan homo dan juga adakah mak Izzah ni pernah akui kesilapan dirinya dan laki dia memimpin PR selama ni?

Fitnah Nurul Izzah Umpama Penipuan Bertanding PRU13, Lawan Semula lah !


Semua sedia maklum bahawa Nurul Izzah telah memohon maaf kepada lawannya dalam PRU 13 lalu iaitu Raja Nong Chik. Permohonan maaf Nurul dibuat di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim.

Permohonan maaf telah diterima dengan baik oleh Raja Nong Chik. Nurul sewaktu berkempen telah memfitnah kononnya Raja Nong memiliki tanah secara tidak sah pada sidang media 4 Mei 2013 dalam usaha mencari undi untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai.

Pergerakan Kenderaan Di Atas Jalan Raya & Jambatan #PulauPinang Akan Dihentikan #MalaysiaBerkabung #MH17


Semua kenderaan dari tanah besar menuju ke pulau akan dihentikan seketika di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertafakur selama seminit, bagi menghormati jenazah mangsa tragedi MH17.

Turut dihentikan dalam tempoh itu ialah semua transaksi di Plaza Tol Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Batu Kawan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Supt. Ibrahim Abu Bakar, berkata tumpuan penugasan anggota trafik ialah di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, membabitkan pergerakan kenderaan dari arah Seberang Perai.

Malaysia Berkabung Hari Ini, LRT Berhenti Sementara 1 Minit


Hari ini 22 Ogos 2014, negara kita akan berkabung dan bertafakur selama 1 minit serentak seluruh Malaysia.

Orang ramai boleh menonton secara langsung di TV dan mendengar siaran di semua stesen radio bermula jam 10 pagi.

Thursday, August 21, 2014

Banyak Kerosakan Terdahulu Dibaiki Hari Ini Oleh PM @NajibRazak


Kebelakangan ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi negara. Ia sekali gus menguji kepintaran pemimpin negara menangani pelbagai rintangan yang melibatkan isu-isu besar dari dalam dan luar negara yang tidak pernah dijangka akan menggusarkan banyak pihak.

Hari ini cabaran yang terpaksa dipikul Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak amat besar dan ianya diatasi dengan penuh berhati-hati agar hasil yang bakal diperolehi kelak tidak merugikan semua pihak.

Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada Perdana Menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Misteri kehilangan pesawat MH 370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan Perdana Menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui.

JIJIK Kemenangan Nurul Izzah Di Lembah Pantai PRU13 @n_izzah @RajaNongChik


Menarik sangat hari ini Wakil Rakyat Lembah Pantai, Nurul Izzah mengakui dirinya telah menfitnah Datuk Seri Raja Nong Chik menjelang PRU 13 yang lepas.

Kemenangan jijik tersebut telah memperlihatkan bahawa anak lahabau Anwar Ibrahim ini sebenarnya tidak mempunyai kualiti seorang pemimpin yang berkaliber.

Kerajaan Penang Bersekongkol Ker Tak Respect Hari Berkabung Negara


BERKAITAN PROGRAM MUZIK DAN DRAMA ‘THE KITCHEN’ ANJURAN GEORGETOWN FESTIVAL PADA 22 OGOS 2014

Pergerakan Pemuda Negeri kecewa apabila dimaklumkan berkenaan program Muzik dan Drama anjuran Georgetown Festival ini yang akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini. Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara dan negara serta seluruh Rakyat Malaysia masih bersedih dengan kejadian MH 17. Persiapan yang amat rapi sedang dijalankan untuk menerima dan menyambut jenazah rakyat kita pada hari tersebut.

Konsesi MRT Bukan Saja Perlu Utamakan Pekerja Tetapi Juga Penduduk Sekitar Kawasan Pembinaan @mpkotabelud


Saya ingin mengulas kejadian menyayat hati di tapak pembinaan MRT Lembah Klang (KVMRT) malam tadi yang menyaksikan tiga pekerja terbunuh, yang sebenarnya boleh dielakkan jika pihak berkuasa terbabit benar-benar memantau proses operasi masing-masing.

Di peringkat kementerian saya, pemantauan dilaksanakan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan terbabit, yang bertanggungjawab mengeluarkan Kelulusan Pembangunan, bagi setiap segmen projek berkenaan.

Korang Pernah Tengok Orang Mencangkul Dengan Pistol Kat Pinggang? @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Confirm amat jarang sekali bila melihat gelagat seorang anggota Polis Trafik yang mencangkul tanah lumpur di tepi jalan semata² untuk melancarkan pergerakan trafik di jalan raya.

Kejadian berlaku di Jalan Kinabalu berdekatan susur masuk Jalan Sultan Ismail, kL petang kelmarin. Konstable Sim Geok Heng dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dikerahkan untuk mengawal lalu lintas di kawasan tersebut. 

Wednesday, August 20, 2014

Kelam Kabut Pengarah Rambu Ramba PKR Menjawab Isu Langkah Kajang


Hari ini, tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli mendedahkan yang Kristi adalah nama seekor kucing, bukan seorang wanita kulit putih. Hari ini, tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli tuduh penggiat media sosial pro-UMNO bikin cerita, kononnya dia ada skandal dengan orang putih, sedangkan nama yang disebut adalah kucing kesayangannya.

Dan hari ini juga, sama seperti semalam ketika disoal oleh SPRM, Rafizi Ramli langsung tidak dapat menunjukkan bukti untuk menyokong tuduhan dan dakwaannya itu memandangkan CERITA SKANDAL RAFIZI RAMLI DENGAN WANITA KULIT PUTIH BERNAMA KRISTI, hanya baru diketahui menerusi mulut Rafizi Ramli sendiri hari ini!

Tangkap Leleh Tengok Video Drebar Bas Nih

Kadang² kita terlupa dan alpa sebab terlalu memandang kepada kejayaan seseorang itu berdasarkan kerjaya yang dilakukan.


Bandar Tun Razak Bakal Menjadi Medan Penentu Penerimaan Rakyat Terhadap PKR Atau Sebaliknya


Khalid Ibrahim bakal mengambil langkah drastik. Menurut sumber yang rapat dengan Khalid Ibrahim, beliau dijangka akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada bila-bila masa sahaja.

Senario politik Selangor yang amat mengecewakan beliau ini antara punca utama yang mendorong tindakan luar jangka ini. Segala-gala yang berlaku dalam pakatan seolah-olah dikawal oleh kumpulan Anwarinas. Segala janji yang diberi oleh PAS sebelum ini langsung tidak boleh dipegang.

Monday, August 18, 2014

Pemimpin & Ahli PAS Pro Ulama Wajib Keluar Parti Jika Sayangkan Islam


Tak dapat dipastikan lagi sama ada kenyataan dari mesej What'sApp tersebut adalah benar ataupun tidak daripada Ust Nasrudin Tantawi tetapi menurut laman FB nya, beliau menafikan akan hal ini.

Pertamanya, apabila saya dapat merasakan perasaan ketidakpuasan hati si pemberi mesej ini selepas saya membaca mesej tersebut. Daripada bait² tulisannya terdapat rasa amarah apabila geng Ulama terpaksa akur kan kehendak nafsu liar politik geng Anwarinas di dalam PAS.

Orang Awam Pukul Penunggang Motorsikal Di Depan Polis @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Saya terpanggil untuk membuat posting ini berdasarkan pandangan dan keprihatinan saya kepada kedua² belah pihak di dalam video di bawah, Polis & Penunggang Motosikal.

Sebagai rakyat Malaysia, saya terpanggil untuk membuat teguran berdasarkan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap pesalah² lalu lintas terutama apabila ia membabitkan penunggang motosikal.

Usul Pemuda #UMNO Seputeh Mahukan ISA Dikembalikan & Mendesak AG Berundur


Kami Pergerakan Pemuda UMNO telah membawa beberapa usul di dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang mana usul ini mendesak dan menyeru beberapa perkara yang harus diberi perhatian khusus dan dibawa ke peingkat yang lebih tinggi.

Usul tersebut merangkumi usul pendidikan, politik, agama dan ekonomi seperti di bawah:

Friday, August 15, 2014

Live #PrayForMalaysia #DoaUntukMalaysia Di Dataran Merdeka #1Malaysia @NajibRazak

PAS Kata Tak Sokong Wan Azizah Jadi #MenteriBesar, Bohonglah !


Alahhh poyo je PAS ni kata dorang tak sokong Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor. Dorang kata lebih yakin dengan kepimpinan Khalid Ibrahim. Puiii ini cerita politik beb, bukannya cerita cinta. Politik boleh jadi macam². Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan.

Ok, cuba korang pikiaq sikit plot politik Selangor ni.

Malam Ini Jom Kita #DoaUntukMalaysia Di #DataranMerdeka @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Bersempena sambutan Hari Merdeka ke 57, kerajaan menganjurkan program keagamaan dan kerohanian yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan yang paling penting orang ramai dijemput untuk bersama² mendoakan kesejahteraan negara.

Dijangka Pemimpin negara akan menghadiri program ini.

Thursday, August 14, 2014

Peguam Anwar Sakit Pula, Episod Tunda Menunda Berulang Kembali #puiii


Tak sudah² dengan isu pendakwaan Anwar di mahkamah. Baru selesai saja episod tunda menunda prosiding mahkamah yang telah berlangsung lebih 100 kali, hari ini sekali lagi Mahkamah Persekutuan terpaksa menangguhkan kes disebabkan peguam pula sakit.

Woiii ini mahkamah ker sarkas?

Wednesday, August 13, 2014

Plot Politik PKR & Selangor Mungkin Difilemkan - Yusof Haslam


Barangkali Anwar Ibrahim terlupa bahawa ada manusia yang lagi bijak dan smart pemikirannya. Bagi PKR dan pengikut setia, Anwar adalah manusia yang boleh dianggap paling berguna kerana mempunyai pelbagai buah fikiran dan idea untuk dijadikan strategi politik.

Walhal sebenarnya Anwar hanyalah orang tua yang biasa dan bernafsu songsang. Menurut sumber, di belakang Anwar terdapat hampir 10 orang pelbagai umur menjadi penasihatnya termasuk juga pelajar Universiti & Rafizi Ramli Lembu.

Tuesday, August 12, 2014

PKR & DAPig Terkedu Kali Kedua Bila Exco Mereka Dipecat Kah Kah Kah @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim


Semalam Menteri Besar Selangor memberi kata dua kepada barisan Exco negeri Selangor, sama ada bersama dengannya meneruskan kerja memimpin rakyat atau tinggalkan beliau (letak jawatan).

Tak sudah dengan kegusaran barisan Exco negeri membuat keputusan & memikirkan masa depan mereka tiba-tiba lewat petang ini Khalid Ibrahim mengambil tindakan memecat Exco negeri daripada PKR & DAPig.

Kui kui kui.

Monday, August 11, 2014

Ko Taja Bas Eksekutif Pun Belum Tentu Anwar Kenang Budi #puiii


Sudah lama saya perhatikan parti anak beranak ini telah tersasar daripada perjuangan menuntut 'keadilan' buat rakyat Malaysia. Parti Kencing Rakyat (PKR) seperti diketahui matlamat penubuhan mereka adalah untuk Anwar Ibrahim dan tidak lebih daripada itu.

Ini semakin jelas dengan perkembangan pergolakan politik di dalam parti tersebut yang semakin rapuh apabila semakin ramai pengasas, penyokong dan pendokong PKR dilihat menjauhkan diri serta meninggalkan parti yang gagal memperjelaskan matlamat penubuhannya.

Thursday, August 7, 2014

Alahhh Boikot Je lah 24 Jam #McDonalds Bukannya Dorang Rugi Pun #SupportGaza



Jom teruskan niat nak boikot 24jam McDonalds hari Jumaat ni. Seperkara yang harus diingat, jangan apa-apakan staf McD kerana mereka hanyalah pekerja bukannya bos besaq kat situ. Tapi walaupun mereka bos besaq kat situ, takda guna nak apa²kan mereka. Sebab objektif utamanya adalah untuk memboikot premis & perniagaan mereka.

Tapi ramai betul nak jadi hero McD kali ini. Beriya-iya nak mempertahankan nasib pekerja di sana walhal McD takkan rugi pun kalau sehari boikot.

Wednesday, August 6, 2014

TERKINI : Menteri Wanita Letak Jawatan Kerana Palestin #SaveGaza #SupportGaza



Berita yang sungguh mengejutkan dunia terutamanya di Britain apabila seorang Menteri Kabinet wanita meletakkan jawatan kerana prinsip tegas beliau.

Beliau yang dimaksudkan ialah Sayeeda Warsi, Menteri Keagamaan & Komuniti UK yang meletakkan jawatan kerana berpendirian mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau enggan bersetuju dengan dasar kerajaan UK yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kemelut yang berlaku di Gaza.

Monday, August 4, 2014

Hoi Peguam Negara !! Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?


Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.

Saturday, August 2, 2014

Staf BERNAMA Mohon Maaf Isu Sultan Selangor & Wan Azizah Khalwat


Kecoh di kalangan rakan-rakan media kelmarin apabila story membabitkan seorang Reporter BERNAMA mempersenda institusi Raja Melayu & menghina Islam.

Rujuk di sini, story berkenaan.

Menteri Antara Yang Dikesan Bersolidariti #SupportGaza #Pray4Gaza @GoTeamRD


Bermula lewat petang semalam sehingga sekarang ini, hashtag #SupportGaza menjadi semakin popular.

Malahan ianya telah menjadi trending tertinggi di laman-laman sosial.

Friday, August 1, 2014

Anak Malaysia Uruskan Rel Di Mekah Sempena Musim Haji


Alhamdulillah, ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila dunia kian nampak kebolehan dan kepakaran anak-anak tempatan dalam kepelbagaian sektor.

Untuk musim Haji akan datang ini, Prasarana melalui ERL telah diberi pengiktirafan kerajaan Arab Saudi untuk memberi khidmat sokongan kepada pengangkutan awam bersempena musim Hari Raya Aidiladha

Harga Caj Permit Naik 90%, Pemandu Bas Mogok Masuk Singapork


Penangan negara selfish Singapork yang menaikkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke negara tersebut telah sedikit mencacatkan pertumbuhan ekonomi.

Perancangan bodoh oleh kerajaan Kiasu ini telah menyebabkan pemandu bas dari Malaysia yang membawa pekerja kilang serta rombongan memberhentikan perkhidmatan mereka di CIQ Johor Bahru saja. Tindakan tersebut telah menyebabkan kesesakan teruk.

Caj tinggi VEP berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos 2014 telah memberi kesan terhadap kemasukan kenderaan dari kedua-dua negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...