Friday, October 31, 2014

Hujah Timbalan Pendakwa Raya Yang Menyebabkan Peguam-Peguam Anwar Berdarah Hidung


Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014

Thursday, October 30, 2014

[Video] Pejuang Peliwat Bertelingkah Sesama Sendiri Sibuk Nak Rebut Tender Bawa Penyokong


Inilah jadi nya bila masing² terlalu taksub kepada peliwat suka sama suka yang sanggup datang (dibayar) ke Mahkamah Keadilan Putrajaya untuk menunjukkan sokongan kepada aktiviti LGBT.

Apabila berkumpul ramai², masalah komunikasi mula tercetus dan tercetus pergaduhan.

Wednesday, October 29, 2014

[Video] Roket Hantar Makanan Ke Angkasa Lepas Meletup Semasa Dilancarkan


Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu.

Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.

Adakah Anak Muda Menyokong Anwar Terlalu Taksub Ataupun Terkeliru?


Selama dua hari akan berlangsung proses pengadilan peringkat akhir berkaitan pertuduhan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Proses ini akan melibatkan 5 orang panel Hakim yang akan membuat penilaian dan keputusan ke atas rayuan Anwar yang diwakili seramai 14 orang peguambela.

Saya tidak mahu mengulas soal keputusan mahkamah sebab saya tidak begitu arif dalam soal perundangan dan biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya.

Maklumat Tambahan Kejadian Kapal Terbakar Di Pelabuhan Klang #Westport


Berikut sedikit info berkenaan kejadian kebakaran melibatkan kapal kontena di Pelabuhan Klang malam tadi.

Tuesday, October 28, 2014

LIVE : Kapal Berlabuh Di Port Klang Terbakar #Westport


Sebuah kapal yang sedang berlabuh telah dilanggar oleh sebuah kapal lain dalam kejadian sebentar tadi di Pelabuhan Klang.

[Video] Anwar Berjaya Masuk #UniversitiMalaya & Harga Minyak Pun Turun


Sekalung tahniah kepada segelintir pelajar Universiti Malaya (UM) kerana turut menjadi sebahagian tali barut kepada perjuangan jijik untuk menuntut keadilan buat pemimpin tidak bermoral mereka si Anwar Ibrahim.

Tindakan segelintir pelajar yang beriya² mahukan Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam UM untuk memberikan ceramah 'motivasi' adalah sesuatu perkara yang amat menjengkelkan apabila hampir setiap bait² ucapan Anwar dipenuhi dengan unsur fitnah, perjuangannya dan cacian terhadap kerajaan 'zalim' Barisan Nasional (BN).

Monday, October 27, 2014

Malaysia Kurang Dua Sampah Untuk Menggenapkan 30 Juta Rakyat Malaysia


Seekor Sebuah Seorang Sebungkus sampah yang bernama Ali telah melarikan diri ke Sweeden untuk memohon suaka politik dari negara berkenaan kerana merasakan dirinya tidak lagi selamat berada di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, kaum dan budaya nya.

Menurut beliau, dirinya telah dilayan oleh kerajaan Malaysia bagaikan sampah. Padahal beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjadi sebungkus sampah yang dicampak ke dalam tong sampah kemudian diambil dimasukkan ke dalam lori sampah sebelum ia dikumpulkan di tapak pelupusan sampah.

"Kita Pun Tak Tahu Pasma Ini Dari Spesies Mana" - Hadi Awang


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang terus mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama berhubung larangan ke atas ahli parti itu agar tidak menyertai pertubuhan tersebut.

Abdul Hadi turut mempersoalkan status Pasma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan dalam nada sinis menggambarkan beliau tidak tahu kalangan mereka ini yang dianggap ‘entah dari spesies mana.’

Sunday, October 26, 2014

Polis Berbalas Tembakan Di Wilayah #ESSCOM @PDRMsia


Komander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

Friday, October 24, 2014

Anak Penjual Kuih Bersedia Galas Tanggungjawab Untuk Belia Malaysia #SayaGalas @RahmanPBMY


Matlamat asas pengujudan Parlimen Belia diyakini mampu untuk membawa suara anak² belia ke peringkat terbaik dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Seiringan dengan itu, pemilihan 'wakil rakyat belia' yang tepat akan memberikan satu pulangan yang positif.

Mencari calon berkredibiliti dan tahu ke mana hala tuju yang hendak dipacu bukanlah perkara yang mudah dan juga sebaliknya. Tetapi apa yang lebih penting adalah apakah pokok perjuangan calon² ini untuk dihasilkan pada hari ini demi masa hadapan.

Datuk Rahman Dahlan Dilantik Jadi Penasihat Khas Menteri Besar Selangor? @mpkotabelud @AzminAli


Tahniah diucapkan kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana telah menjadi Menteri & Kementerian yang pertama membuat rombongan 'cik kiah' ke Pejabat Menteri Besar Selangor, selepas Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.

Tujuan utama kunjungan tersebut bagi menerangkan secara terperinci kepada Menteri Besar bahawa mengikut perlembagaan Malaysia Fasal 80, DUN Selangor perlu meluluskan resolusi penubuhan Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 yang baru digazetkan.

Thursday, October 23, 2014

Kenyataan Bekas Mufti Perlis Memalukan Islam - Razlan Rafii

Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.

Kerajaan Pulau Pinang Cuba Kambing Hitamkan MPPP Pula


Kerajaan Pulau Pinang tidak harus menyalahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas kegagalan dasar perumahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu dalam menyediakan rumah mampu milik.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata MPPP tidak seharusnya dikatakan cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik jika kerajaan negeri sendiri gagal menyatakan dengan jelas keluasan unit rumah bagi setiap kategori harga yang mereka tetapkan.

Tuesday, October 21, 2014

Tren Aliran Ampang Hampir 20 Tahun Diguna Bakal Diganti Baru @MyRapidKL


Berita gembira buat pengguna-pengguna LRT Aliran Ampang apabila Prasarana telah memeterai perjanjian persefahaman bersama sebuah syarikat pembuatan tren terkemuka di dunia, CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

Sebanyak 30 buah tren @ Light Rail Vehicles (LRV) akan tiba secara berperingkat-peringkat di Malaysia bermula Mei 2015 bagi menggantikan tren yang sedang digunakan hari ini. Untuk makluman, tren Aliran Ampang telah digunakan hampir 20 tahun semenjak tahun 1996.

Apa Kata @ustazfathulbari Berhubung Isu Pegang Anjing


"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Ketua Menteri Paling Malang Di #PulauPinang Mengamuk Salahkan Kerajaan Persekutuan Pula


Lim Guan Eng meluahkan rasa amarahnya kepada kerajaan Persekutuan kononnya telah bertindak tidak adil dengan mensabotaj pelaburan langsung asing (FDI) ke Pulau Pinang.

Tindakan Guan Eng tersebut mengundang pelbagai respon balas daripada Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menggesa Guan Eng supaya berhenti bersandiwara atas kegagalan kerajaan negeri menarik lebih ramai pelabur ke negeri tersebut.

Pertembungan Antara Budaya & Agama Bakal Merosakkan Umat Islam

Program yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Program itu telah melanggar dua point di bawah :

Hukum menyentuh anjing?

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]


Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Baca lagi di sini.

Monday, October 20, 2014

Apa Kata @UstazKazimElias Berhubung Isu Pegang Anjing

Menarik isu berhubung sentuh anjing ni sejak semalam.

Banyak persoalan demi persoalan yang berjaya dikupas dan diterangkan melalui dalil² yang boleh dipercayai dan boleh digunapakai masyarakat Islam hari ini demi kelangsungan kita semua.

Berikut kenyataan Ustaz Kazim Elias berhubung isu pegang anjing yang dianjurkan oleh seorang lelaki yang mengakui Islam tetapi tidak menjiwai Islam sepenuhnya.

"Salam sejahtera..

Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.

Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam. Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu? Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama.

Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen? Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural..

Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak? Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.

Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti...."

Mohon disebarkan ulasan Ustaz Kazim Elias ini supaya generasi akan datang tidak termakan dengan dakyah Yahudi ini yang cuba menyesatkan umat Islam akhir zaman.

Like FB page Ustaz Kazim Elias di sini.

JAKIM Siasat Secara Terperinci Program Sentuh Anjing

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

Penganjur Pegang Anjing Dakwa Dapat Green Lite Daripada Majlis Agama Islam Selangor


Ohhh program sentuh anjing ni rupanya dah diHALALkan oleh Mohamad Adzib Bin Mohd Isa iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Pertembungan Antara Budaya Asing & Agama Bakal Merosakkan Umat Islam @aznilnawawiHM


Program yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Friday, October 17, 2014

PBT Digesa Menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa & Pustaka Untuk Iklan Tempat Awam @mpkotabelud

Contoh penggunaan bahasa Melayu yang paling jahanam
sekali oleh warga asing.
Merujuk kepada isu penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda iklan di seluruh negara sebagaimana dilaporkan media massa baru-baru ini, saya mengambil maklum mengenai isu berkenaan. 

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berasa kesal kerana masih terdapat pihak yang tidak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengiklanan.

Untuk makluman, persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-67 pada 4 Mac lalu, bahawa semua negeri di Semenanjung Malaysia, membabitkan 99 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sepatutnya melaksanakan secara berperingkat sistem Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) dalam iklan di tempat awam. Bagi Sabah dan Sarawak, kesemua 50 PBT di kedua-dua negeri berkenaan mempunyai pilihan untuk menerima pakai pelaksanaan sistem itu.

Tuesday, October 14, 2014

#TabungHaji Tunaikan Tanggungjawab Sosial Ziarah Waris Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Mekah @azeezputera


Melihatkan gambar² yang diupload menerusi laman media sosial, saya percaya niat Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Azeez Abd Rahim dan rombongan daripada TH sebenarnya ikhlas untuk merakamkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga jemaah haji yang telah meninggal dunia semasa di Tanah Suci, Mekah.

Saya yakin TH bertanggungjawab untuk menyampaikan sendiri berita sedih dan salam takzim mereka terhadap keluarga jemaah haji yang meninggal dunia walaupun berita tersebut telah diberitahu semasa di Mekah lagi.

Monday, October 13, 2014

Jawapan Ketua Menteri Melaka Untuk Macai² PR Baca #Octoberfest


Berikut kenyatan media yang disahkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Sebelum ini havoc diperkatakan kononnya Melaka juga membenarkan penganjuran Octoberfest seperti di negeri Selangor dengan menu utamanya adalah minuman arak yakni ayaq kincin syaitan.

Bila Agak²nya Tarikh Sebenar Penganjur, Pemimpin & Monyet PR Nak Didakwa? @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Seolah² bila diketuk baru nak berjalan, tak diketuk tak buat apa².

Itu tanggapan orang ramai kalanga rakyat terhadap pihak berkuasa yang dilihat seolah² belum melakukan apa² proses pendakwaan kepada mereka yang menganjur, terlibat dan melakukan keganasan semasa perhimpunan haram di sekitar Ibu Negara dan beberapa tempat lain seluruh negara sepanjang 4 tahun lepas.

Thursday, October 9, 2014

[Video] Bom Kedua Meletup Pula Di Bukit Bintang @PDRMsia


Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur digemparkan dengan kejadian letupan bom dipercayai bom tangan depan sebuah kelab malam di Sun Complex.

Kejadian jam 4.20 pagi Khamis itu menyebabkan seorang maut dan 13 lagi cedera.

Salah Siapa Jika Alvin & Namewee Jadi Kebal Jika Semua Akta Nak Dimansuhkan? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kebelakangan ini wujud desakan daripada Bar Council bersama NGO-NGO yang dipacu tunggang parti pembangkang yang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. Alasan mereka perlu ada akta lain diganti dengan Akta Baru yang dilabel dengan nama Akta Harmonilah, Akta Unitilah dan macam-macam lagi.

Sebelum ini mereka desak ISA dimansuh dan Kerajaan pada ketika itu tunduk 'KECUT PERUT' pada tekanan dan ISA telah dimansuhkan. Kesannya kita lihat kegiatan jenayah naik. Adakah kerajaan kita ini Kerajaan SUPER MANSUH??

Gempar : Letupan Bom Granite Di Bukit Bintang Cederakan 14 Orang


Laporan awal pagi ini menyebut satu letupan di hadapan Sun Complex, Bukit Bintang telah mencederakan 15 orang di mana seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah disebabkan hal tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.45 pagi tadi.

Apa Kata Prasarana Berhubung Kapten Bas #RapidPenang Ditikam?

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang memiliki dan mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang akan bekerjasama dengan kesatuan sekerja Rapid Bus Sdn Bhd untuk mengkaji langkah-langkah untuk mempertingkatkan keselamatan para kapten basnya. Ini berikutan serangan seorang penumpang bas yang menyebabkan seorang kapten bas cedera parah pada awal pagi semalam berdekatan Jalan Paya Terubong, di Relau.

Namun, Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Kumpulan Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff menyeru semua pihak supaya bersikap rasional dan tidak bertindak secara terburu-buru kerana kejadian tersebut sesuatu yang terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Wednesday, October 8, 2014

Rafizi Lari Ke Australia, Hasut Kebencian Terhadap Kerajaan


Dah tak boleh tabur fitnah dalam Malaysia kerana perancangan Langkah Kajang GAGAL TERUK dan dikritik hebat sehinggakan menyebabkan keretakan teruk dalam Pakatan, kini Rafizi telah diarah untuk berhijrah ke Australia untuk memulakan operasi terbaru yang dinamakan Langkah Australia bagi memburukkan nama baik Malaysia...

Menteri KPKT Jelaskan Kriteria & Kewarasan Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) @mpkotabelud @GoTeamRD


Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan transformasi di kawasan bandar bagi meningkatkan penyertaan rakyat (public participation) dan menangani isu-isu perbandaran untuk kesejahteraan penduduk bandar.

Ianya amat diperlukan susulan proses pemesatan bandar yang mana sehingga kini, lebih 70% penduduk di negara ini tinggal di kawasan bandar. JPP merupakan mekanisma bagi penduduk menyalurkan aduan dan pandangan kepada pihak berkuasa.

Pemandu Lori Memberi Isyarat Brek Tak Berfungsi


Sehari selepas nahas di Lebuhraya PLUS yang mengorbankan seorang suri rumah berusia 50 tahun dan anak perempuannya, seorang saksi menceritakan rentetan kejadian kepada BH Auto secara EKSKLUSIF bagaimana tragedi itu berlaku melibatkan sebuah lori treler muatan berat menempuh beberapa buah kenderaan.

Bertugas sehari sebelum Hari Raya Aidiladha adalah merupakan satu perkara biasa bagi pemandu bas ekspres untuk memandu dengan lebih berhati-hati di kala kesibukan orang ramai pulang beraya ke kampong halaman.

[Video] Pengorbanan Yang Terpaksa Ditanggung Oleh Kapten Bas #RapidPenang @MyRapidKL


Secara peribadi saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Kapten Bas RapidPenang, Aisyamuddin Yaakob yang cedera parah akibat ditikam di peha oleh seorang penumpang bas tersebut awal pagi semalam.

Tuesday, October 7, 2014

Khalid Ibrahim Diarah Kosongkan Kerusi DUN Pelabuhan Klang?


Khabar angin kini bertiup kencang mengatakan kerusi Dun Pelabuhan Klang bakal dikosongkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat bekas pemimpin Selangor itu, Abdul Khalid pernah meluahkan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang dimenanginya pada PRU13 lalu susulan tekanan yang diterimanya selepas dipecat dari PKR.

Perkara 20 Masih Relevan - Rahman Dahlan


Perkara 20 yang dikemukakan pemimpin dari Sabah semasa proses perundingan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 masih relevan kerana kandungannya turut diambil kira dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata 17 daripada 20 perkara yang terkandung dalam dokumen berkenaan, yang disifatkannya sebagai ‘wish list’ pemimpin Sabah ketika itu, sudah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

Kenaikan Harga Rumah Agak Perlahan Tapi Rakyat Masih Tak Mampu Beli


Kenaikan harga purata rumah di Malaysia bagi suku kedua tahun ini meningkat sebanyak RM2,442 kepada RM283,328 sebuah yang disifatkan agak perlahan berbanding suku pertama lalu iaitu RM280,886 sebuah.

Bagaimanapun, kenaikan harga rumah yang tinggi masih berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor dengan masing-masing meningkat secara purata sebanyak RM24,183 dan RM14,700 sebuah.

Siapa Yang Bersalah, Onn Hafiz Atau Si Penyebar Surat Rasmi Rahsia Cadangan Perlantikan SUPOL? @onnhafiz


Bukan sekadar pelik tetapi menjelekkan apabila membaca beberapa posting kawan² dalam Facebook semenjak semalam dan diambil oleh beberapa blog Pembangkang yang mengupload gambar surat Cadangan Pelantikan Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam posting² tersebut, kebanyakannya menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan perlantikan tersebut. Yang membuatkan saya bertambah musykil kenapa selepas beberapa bulan perlantikan baru mereka nak bising?

Ada perkara² di sebalik tadbir yang tak diketahui umum ker?

[Video] Pengorbanan Yang Terpaksa Ditanggung Oleh Kapten Bas #RapidPenang @MyRapidKL


Secara peribadi saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Kapten Bas RapidPenang, Aisyamuddin Yaakob yang cedera parah akibat ditikam di peha oleh seorang penumpang bas tersebut awal pagi semalam.

Si pelaku disyaki seorang wanita kurang siuman berdasarkan cerita mangsa kepada rakannya sebelum tidak sedarkan diri akibat kehilangan darah yang banyak.

Azmin Kena Buktikan Menjunjung Agama Islam


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pemimpinan baharu Menteri Besar Mohamed Azmin Ali digesa membuktikan komitmen menjunjung dan mempertahankan kesucian agama Islam dengan menghentikan pesta arak yang akan diadakan Ahad ini di Petaling Jaya.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, pesta arak atau lebih dikenali sebagai Octoberfest itu jelas satu aktiviti mempromosikan minuman keras serta kegiatan mungkar yang perlu dihalang.

Saturday, October 4, 2014

Nama Paling Panjang & Popular Setakat Ini Di Malaysia


Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini, semalam.

Menteri KPKT Arah Pemaju Seragamkan Bayaran Deposit Caj Perkhidmatan Pembelian Rumah @mpkotabelud


Saya ingin memberikan maklumat terkini mengenai berita yang telah tersebar melalui media sosial mengenai teknik pemaju yang dikatakan memanipulasi harga rumah bagi mengelakkan pembeli Bumiputera memiliki hartanah sendiri.

Isu ini telah mula tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial pada 25 September 2014. Penulis berkaitan telah mengatakan bahawa beliau telah mengunjungi i-Property Fair di Subang Parade dan berminat dengan sebuah projek persisir pantai di Tanjung Puteri, Johor Bahru.

Friday, October 3, 2014

Syarikat Consultant Projek Warisan Merdeka Didenda RM50,000 Sebabkan Banjir Di Kuala Lumpur


Sebuah syarikat perunding bagi Projek Warisan Merdeka di Jalan Stadium di sini, didenda sebanyak RM50,000 kerana gagal menyelenggara sistem perangkap kelodak di tapak projek itu sehingga menyebabkan banjir kilat di ibu kota semalam.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, syarikat itu juga diberi amaran oleh pihaknya bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang.

Dah Gagal #KejangMove Pun Masih Lagi Nak Spin Pasal Harga Minyak


Di antara ramai pihak yang bangkit mempertikai pengurangan subsidi RON 95 dan diesel, MiM tidak sangka Rafizi Ramli juga mahu meneguk di air yang keruh tentang isu ini.

Apa tidaknya. Beliau adalah mastermind 'Kajang Move' yang bukan sahaja memalukan boss beliau sendiri tetapi isteri boss beliau dan seluruh parti PKR dan DAP.

MB Selangor @AzminAli Spin Kata Tak Tahu Apa² Mengenai Akaun SMUE Milik @Khalid_Ibrahim


Dah mula dah si Menteri Besar Selangor ni spin kata tak tahu menahu mengenai akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah dibekukan atas arahan oleh Bendahari Negeri Selangor.

Menurut Azmin Ali beliau takda keluarkan arahan mengenai hal tersebut dan lagi menariknya Azmin seolah² tidak tahu kewujudan akaun tersebut haha.

Thursday, October 2, 2014

Sekali Lagi Harakah Daily Kantoi Fitnah #MinyakNaik


Heh! Patut la penjualan akhbar lidah rasmi Parti Angguk Saja tu mengalami penurunan sejak kebelakangan ni. Semuanya hasil dari berita sampah yang diberikan kepada rakyat.

Kalau sebelum ini, orang tak berapa nak percaya bila kita kata Haprak Daily tu bukan sebuah medium yang boleh kita dipercayai sebab sumber dia main kutip tepi jalan je.

Edisi Kantoi : Rupanya Kerajaan Negeri Selangor Tahu Duit Diseleweng Oleh @Khalid_Ibrahim Ke Bandar Tun Razak @AzminAli


Apa yang mungkin para Pembaca tak tahu adalah semasa zaman pemerintahan Khalid Ibrahim, terdapat dua buah akaun bank diwujudkan atas nama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Ambank. Sebuah akaun untuk penduduk di DUN Pelabuhan Klang, Selangor dan sebuah lagi akaun untuk penduduk @ pengundi Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak (BTR), Kuala Lumpur.

Persoalannya, mengapa SMUE yang diwujudkan berdasarkan program kebajikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh ada pula satu akaun di luar negeri Selangor?

Wednesday, October 1, 2014

PAS Yang Bodoh, UMNO Juga Nak Dipersalahkan


Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh ‘teman sebantal’, pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.

Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.

Berani Ker Kepimpinan PAS Pusat Nak Ambil Tindakan Kepada 2 ADUN Selangor


Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bermesyuarat dalam waktu terdekat untuk menentukan sama ada dua wakil rakyat parti itu yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini dihadapkan ke lembaga disiplin atau sebaliknya.

Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib semalam bagi meminta penjelasan mengenai tindakan mereka itu dan hasil pertemuan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat untuk dibincangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...