Sunday, November 30, 2014

Akta Hasutan Bukan Untuk Musuh Politik #UMNO @IsmailSabri60 #PAU2014 @NajibRazak


Isu Akta Hasutan 1948 dikekalkan menjadi buah mulut para pembahas dan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014). Bahkan perkara ini juga dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 diumumkan oleh Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak pada Ucapan Dasar PAU 2014 Khamis lepas.

[Video] Kesejahteraan #SabahOKBah, Bandar & Remaja @MpKotaBelud @GoteamRD #PAU2014


Bicara berkenaan politik, elok juga kita merenung kembali dan mengetengahkan semula latar belakang dan status pendidikan yang merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara.

Dalam hal ini, konteks berikut perlu diberi perhatian sewajarnya:

Saturday, November 29, 2014

Kantoi Ada Pihak Sumbang Duit Kepada Mukhriz Mahathir? #PAU2014 @MukhrizMahathir @RajaNongChik @NajibRazak


Kecoh pagi ini di PWTC apabila Menteri Besar Kedah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Mukhriz Mahathir menerima cek berjumlah RM 8,000 daripada Old Putra Association.

Beliau yang merupakan Presiden ANSARA (alumni pelajar MARA) menerima sumbangan tersebut mewakili Noor Aisyah Shahira Binti Alfian yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba.

Risiko Lebih Tinggi Jika Sabah Berada Di Luar Malaysia - Rahman Dahlan @mpkotabelud #PAU2014


Desakan sebuah kumpulan minoriti yang berkepentingan mahu membawa keluar negeri Sabah daripada Malaysia merupakan satu tindakan yang terdesak dan tidak waras. Kumpulan ini tidak mempunyai penyokong yang kuat sebagaimana yang digambarkan melalui dada akhbar dan laman-laman media sosial kebelakangan ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tidak fikir panjang ini boleh dianggap satu usaha yang terdesak yang tidak bertanggungjawab dan cubaan membawa rakyat Sabah yang tidak bersalah dalam kancah permainan semberono kumpulan ini.

Friday, November 28, 2014

Mahasewel Tergamam Melihat Razlan & Armand Menunggu Depan Pintu #PWTC #PAU2014 @razlanrafii @Armand_PJU


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melalui Pengerusi Biro Briged Kesatria Muda, saudara Armand Azha & Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii tampil ke hadapan menahan 'serangan' demo oleh mahasewel.

Demo yang dianjurkan oleh Gerakan Mahasewel Islam Malaysia (GAMIS) mengekploitasikan beberapa orang penduduk kampung untuk menjayakan harapan retorik mereka kononnya berjuang demi penduduk yang tertindas.

Thursday, November 27, 2014

Syarikat Tempatan Diberi Pengiktirafan Kendali #MakkahMetro @dsjamilkhir @shahrilmokhtar @NajibRazak


Berita yang pasti membanggakan warga Malaysia terutamanya apabila pengendali perkhidmatan awam terbesar di sini berjaya membida untuk menjadi 'pengendali bayangan' bagi Fasa Pertama Metro, Program Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro).

Lebih membanggakan lagi apabila Prasarana berjaya menewaskan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan rel daripada Turki, Korea dan lain-lain negara.

Tuesday, November 25, 2014

Harapan Perbahasan #PAU2014 Lebih Terbuka Dan Berani Oleh Pembahas @IsmailSabri60


Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini.

Kata beliau, pembahas-pembahas usul juga perlulah membahaskan usul secara terbuka dalam setiap isu yang dibahaskan tanpa ada rasa takut dan tanpa ada sekatan.

Saturday, November 22, 2014

Kebersihan Tandas Awam : Muktamad Kerajaan Ambil Alih ! @mpkotabelud


Kerajaan Pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016. Langkah ini akan memastikan kira-kira 2,600 tandas-tandas awam yang sebelum ini di bawah kawal selia PBT, berada dalam keadaan bersih dan selesa pada setiap masa.

Pengambilalihan ini juga adalah selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan juga seiringan dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Thursday, November 20, 2014

Isu Cameron Highlands : Masaklah Korang Sultan Pahang Murka @NajibRazak


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Perubahan Cuaca Punca Anjing Laut Merogol Penguin


Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian manusia, bahkan ia menyebabkan aktiviti seks haiwan di benua Antartika menjadi celaru apabila anjing laut didapati ‘mengahwini’ penguin.

Laporan stesen penyiaran terkenal BBC hari ini mendedahkan, pasukan penyelidik antarabangsa terkejut melihat gejala seks songsang dalam kalangan haiwan terbabit malah mendapati ada sekumpulan anjing laut tergamak ‘memperkosa’ seekor penguin.

Tuesday, November 18, 2014

@rafiziramli Terpaksa Berbohong Demi Melonjakkan Namanya Kembali Dalam Pakatan Haram Jadah


Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang bersuara di Dewan Rakyat dalam membongkar isu 1MDB sehingga sanggup bertemu dan bertentang mata terhadap Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan.

Malah, beliau berjanji akan memberikan dokumen yang didakwanya sebagai bukti terhadap penyalahgunaan wang 1MDB seperti mana yang didakwanya kepada Speaker Dewan Rakyat.

Sudah Tiba Masanya KDN Lebih TEGAS Tangani Jenayah Warga Asing @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dica­tatkan antara Januari - Ogos 2014. Mungkin sekiranya kita menunggu sehingga penghujung tahun ini, jumlahnya bakal bertambah melebihi 10,000 kes jenayah.

Sebagai warganegara, saya sendiri merasakan takut dengan melihat angka tersebut kerana lokasi tempat tinggal saya hari ini, terdapat juga beberapa buah rumah yang menempatkan pekerja² warga asing. Bukan saja warga Indonesia & Bangladesh, malah warga Iran, Myanmar, Pakistan, Vietnam, China dan beberapa lagi warganegara luar.

Monday, November 17, 2014

Open Day Pemuda UMNO Malaysia Syok Sendiri ! @khairykj @azwanbro #KataKita


Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana berjaya mengorak langkah berbeza untuk mengadakan program Hari Terbuka nya di PWTC pada hari Sabtu lepas.

1st impression saya apabila berada di Dewan Tun Razak II ialah adakah program yang dianjurkan ini bertemakan syok sendiri atau sebenarnya tidak mencapai sasaran pelawat yang ditetapkan. Secara peribadi, kehadiran saya ke program tersebut adalah atas dasar nak beri sokongan kepada kawan² Pemuda UMNO yang bertugas pada hari tersebut.

Jangan Terus Diperbodohkan Pembangkang - @NajibRazak


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu bersikap rasional dan tidak terus diperbodohkan oleh pembangkang yang sering memutarbelitkan apa jua isu termasuk menanam kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, hal demikian kerana pembangkang dilihat hanya ‘menawarkan’ isu-isu yang cuma bersifat popular seperti menjadikan segala perkara sebagai ‘percuma’.

Thursday, November 13, 2014

Harga Rumah Naik Tapi Kerajaan Wujudkan Banyak Skim Untuk Rakyat - Rahman Dahlan @mpkotabelud


Kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga rumah yang ditentukan pasaran, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berusaha menawarkan pelbagai insentif bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.

Wednesday, November 12, 2014

Sukan & JPJ Menyatukan Rakyat Malaysia Sebenarnya @NajibRazak @NazirHussin79


Usaha berterusan pelbagai pihak mendesak agensi kerajaan agar memikirkan ataupun mengkaji semula peraturan baru diperkenalkan harus dipuji.

Hari ini usaha tersebut membuahkan hasil dan 'berita' separa gembira diperolehi pelbagai golongan masyarakat yang terlibat secara langsung.

Lori Terbabas Disebabkan Nombor Plat Tak Ikut Spesifikasi JPJ? @plustrafik


Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar selepas tong gas yang yang terjatuh dari sebuah lori dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara selepas Terowong Menora, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Exora turut rosak apabila merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya.

[Video] Atlet Belasah Tunang Dalam Lif


Ini hal orang bercinta kemudian belum berkahwin dah berani belasah pula pasangan di tempat awam. Apa nak jadi lah masyarakat sekarang ni semakin tak bertamadun.

Monday, November 10, 2014

Mangsa Kebakaran Jalan Ikan Emas Diberi Perhatian Menteri Wilayah Persekutuan @TengkuAdnanReal @rizalmanmoktar


Simpati akan nasib mangsa² kebakaran Rumah Panjang Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan turun padang menziarahi mangsa² hari ini.

Ucapan takziah dan rasa simpati beliau serta Kementeriannya disampaikan kepada mangsa² kebakaran.

Friday, November 7, 2014

Mungkinkah Al-Qaeda Bakal Membalas Dendam Komando Yang Membunuh Obama?


Identiti komando Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden akhirnya didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, rangkaian televisyen AS, Fox News dilaporkan telah mempromosikan wawancara eksklusif bersama Rob O'Neill, 38, yang akan berkongsi pengalamannya ketika menyertai operasi memburu Osama di kediamannya di Pakistan pada 11 Mei 2011.

Thursday, November 6, 2014

'Mahkamah' Sarkas Bersidang Di Luar Istana Kehakiman, Putrajaya @PDRMsia


Slogan untuk kes Anwar kali ini ialah Rakyat Hakim Negara. Ia bertujuan untuk memberitahu kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa mereka berhak menentukan arah tuju negara tetapi bukannya kerajaan sedia ada hari ini. Atau mungkin ia bertujuan memberitahu rakyat agar menghakimi kes yang dihadapi Anwar.

Tapi peduli apa saya dengan slogan tersebut. Apa yang pasti, memang banyak penyokong Anwar berada di luar mahkamah untuk menjadi hakim. Ini termasuklah juga dengan seorang mamak yang dianugerahkan Tuhan kreativiti untuk berkarya tetapi digunakan pada jalan yang salah.

Pokok Tumbang Himpap Kereta Depan Mydin Masjid India

[Video] Pemuda UMNO WP Sedia Berdebat Dengan Pemuda PAS @TengkuAdnanReal @razlanrafii @UMNOWP


Kelmarin Dewan Pemuda PAS tiba² meroyan apabila mereka terkesan @ terasa dengan kenyataan bersahaja Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berkenaan ucapannya ketika program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

Di dalam ucapan tersebut Tengku Adnan menyifatkan PAS adalah sebuah parti ajaran sesat kerana sudah lama mereka mengamalkan perkara² yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Tuesday, November 4, 2014

Hanya 620 Unit Rumah Transit Bakal Didiami Oleh Pasangan Baru Berkahwin @Khairykj @mpkotabelud @azwanbro @razlanrafii


Atas dasar prihatin dan sedar akan permasalahan yang kebiasaannya membelenggu pasangan baru mendirikan rumah tangga di dalam kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan semenjak beberapa tahun yang lalu telah mencadangkan idea pembinaan Rumah Transit untuk golongan sasaran.

Saturday, November 1, 2014

UMNO Selangor Digesa Adakan Perubahan @NajibRazak


UMNO Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu UMNO Selangor terima, iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.

Gunakan Pengangkutan Awam Ke Bukit Jalil Malam Ini Satu Langkah Bijak Penyokong Bola Sepak #JDT #Pahang @MyRapidKL


Orang ramai terutamanya penyokong bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ini ekoran pertembungan dua acara lain yang turut akan diadakan di lokasi sama pada hari tersebut.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...