Full Width CSS

Anggota Keselamatan Korbankan Nyawa Demi Mangsa² Banjir Kelantan @PDRMsia @NajibRazak


Suasana yang penuh emosi antara dua orang rakan setugas dan sahabat yang bertemu kembali setelah menjalani rawatan secara berasingan selepas insiden helikopter terhempas penghujung tahun 2014.

Mereka merupakan antara 4 orang krew yang berada di dalam helikopter Ecureui Unit Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sanggup berkorban nyawa bagi memastikan ribuan penduduk yang terkandas akibat banjir mendapat bantuan sewajarnya, telah terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan.



SM Mohd Hood Abd Majid baju kuning (rakan insiden) tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan ASP Amirul Adli Ahmad yang mengalami kecederaan retak tulang belakang dan dipasang casting separuh badan. Keadaan ini memerlukan beliau kena sentiasa berada dalam posisi berbaring.


ASP Amirul Adli Ahmad tiba di Lapangan Terbang TUDM Sg. Besi, Kuala Lumpur selepas diterbangkan melalui penerbangan ihsan pesawat NURI M23-20, TUDM dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Pangkalan Chepa, Kelantan setelah menerima rawatan di sana selepas kejadian tersebut.

Inilah salah satu bentuk pengorbanan tenaga & fizikal yang terpaksa dihadapi oleh anggota keselamatan negara kita. Mereka adalah barisan hadapan yang akan mempertahankan nyawa rakyat dan mereka juga lah penyelamat kita di kala menghadapi bencana yang menimpa. 


Besar sungguh pengorbanan mereka yang sudah pasti kita tidak mampu membalasnya selain dengan ucapan TERIMA KASIH atas segala jerit payah yang terpaksa dilalui demi memastikan keselamatan nyawa rakyat terutama mangsa-mangsa banjir diutamakan.

Tahniah !


Sumber Gambar : FB PDRM

Post a Comment

1 Comments

  1. Moga Allah memulihkn anda ASP Amirul Adli Ahmad..serta dirahmati Nya di dunia dn akhirat

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..