Wednesday, January 14, 2015

Dalil Mengapa Harga Makanan Tidak Boleh Dinaikkan Menurut Menteri


Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri menegaskan kenaikan harga barang makanan tidak seharusnya berlaku selepas musim banjir yang melanda Pantai Timur minggu lepas. Beliau menemplak mana² pihak yang sengaja menaikkan kadar harga barang makanan sehingga 50% daripada harga asal.

Realiti yang harus difahami oleh semua pengguna terutamanya dan mungkin boleh menilai harga² barang makanan yang diperlukan masa ini adalah faktor banjir tidak boleh digunakan sebagai alasan kenaikan harga sayur memandangkan 60 hingga 70% sayur dihasilkan di Selangor, Perak dan Johor yang tidak mengalami banjir besar.
Kawasan penanaman sayur tidak berlaku banjir besar dan import sayur tetap dijalankan tanpa mengira banjir atau tidak. Oleh itu, memang tidak berlaku kekurangan bekalan dalam negara seperti yang digembar-gemburkan oleh peniaga yang berkepentingan sebelum ini.


Meskipun hujan turun pada kuantiti yang banyak dan boleh menyebabkan pengurangan hasil sayur antara 10-20% tetapi tidak mungkin alasan tersebut menyebabkan harga sayur meningkat melebihi 50%. Ramai peniaga-peniaga mengambil kesempatan menjadikan alasan banjir sebagai alasan untuk menaikkan harga barang makanan. Terutaman di Kuala Lumpur, harga barang makanan meningkat 60-100%.

Kementerian beliau memantau segala perkembangan hasil pertanian dan begitu juga dengan bekalan ikan. Banjir besar kali ini berlaku di musim tengkujuh, di mana sememangnya para nelayan Pantai Timur tidak turun ke laut kerana laut bergelora. Oleh itu, persediaan yang telah dilakukan pihak agensi untuk menghadapi kekurangan bekalan ikan sudah dilaksanakan sebelum musim tengkujuh lagi.

Stok bekalan ikan beku yang disediakan untuk menghadapi musim tengkujuh, pelbagai agensi di bawah Kementerian digunakan untuk menyalurkan bantuan bekalan makanan banjir dan untuk menampung kekurangan bekalan ikan di seluruh negara. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga telah menghentikan eksport beberapa jenis ikan rakyat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh/banjir.

Dengan kewujudan jualan khas di pasar tani yang melibatkan 51 kawasan Parlimen yang menawarkan potongan harga sebanyak 16-80% bagi barangan makanan seperti sayur-sayuran, ikan, telur, ayam serta beras diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak pengguna yang terpaksa membeli dengan harga yang tidak terkawal di luar sana. 

Ini merupakan salah satu komitmen dan langkah drastik yang diambil Kementerian untuk mengimbangi pengeluaran dan permintaan barang makanan di lokasi² tertentu. Untuk makluman Pembaca, kakitangan Kementerian sendiri telah diamanahkan untuk menjual sendiri semua barangan tersebut bagi mencapai tujuan sebenar jualan khas ini diadakan.

So kemungkinan tiada penipuan harga berlaku di jualan khas pasar tani.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...