Friday, January 2, 2015

DBKL Turun Pantai Timur Bantu Mangsa-Mangsa #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur @TengkuAdnanReal


'Badang KL' turun padang membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan-kawasan rumah yang dinaiki air sebelum ini di Pantai Timur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengerahkan bantuan lebih 120 sukarelawan terdiri daripada kakitangan mereka untuk menyumbangkan tenaga membantu mangsa-mangsa banjir.


Untuk rekod, sukarelawan DBKL akan berada di sana selama 10 hari.

Antara tugasan DBKL di sana merangkumi kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, sanitation, bantuan perubatan. Jentera berat juga turut dibawa bersama untuk membersihkan laluan membawa masuk bantuan.


Tahniah DBKL. Kesungguhan anda membuatkan kami warga KL tumpang berbangga. 

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...