Tuesday, January 13, 2015

Eric Sangka Pemuda UMNO Akan Termakan Provokasi Daripadanya @EricPaulsen101


Isu Eric Paulsen menghina JAKIM yang konon mengatakan JAKIM mempromosi semangat ektremis melalui Khutbah Jumaat. Sememangnya kita sebagai orang Islam di Malaysia terutamanya tidak terkejut dengan kenyataan biadap puak bangsat ini.

Apakah yang cuba dijaja oleh Eric Paulsen? Adakah beliau sengaja nak mengundang persepsi negatif masyarakat terutama bukan Islam terhadap Islam?
Perkara yang pelik di dunia ini adalah orang bukan Islam kerap menimbulkan provokasi terhadap agama ini. Tetapi peliknya umat Islam amat jarang merosakkan hubungan keharmonian antara kaum & agama seperti yang diterapkan dalam ajaran agama Islam.

Pendapat saya, ada 3 kemungkinan yang menyebabkan Eric Paulsen tiba-tiba menjadi seperti anjing menyalak pada bukit.

Pertamanya, ini adalah salah satu bentuk provokasi yang sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian umum. Kemungkinan isu asalnya adalah pembalakan di Kelantan yang barangkali diusahakan oleh DAP. Demi menutup isu, mereka terpaksa membuat provokasi terhadap Islam dengan harapan orang ramai akan marah dan segala isu tersebut dilupuskan begitu saja.

Lebih menyirapkan hati beliau adalah provokasi tersebut hanya disambut dengan kenyataan² akhbar saja dan tiada tindakan spontan atau mana² pihak termakan provokasi beliau. Mungkin Eric mahukan tindakan daripada Pemuda UMNO yang menyelar tindakannya seperti yang dilakukan RSN Rayer sebelum ini.

Kedua, kemungkinan beliau sendiri merasa tidak selesa dengan laungan Azan yang berkemundangan dan terpaksa menahan telinga mendengar Khutbah Jumaat yang dibacakan oleh Khatib seperti teks yang disediakan oleh JAKIM. Tapi peliknya, masa bila teks ucapan Khutbah Jumaat mengandungi unsur ektrem?

Ketiga, ini perkara yang sebenar menjadi kerisauan puak yang tak boleh melihat kemakmuran dan kesepakatan umat Islam dalam satu masa.


Isi kandungan teks ucapan Khutbah Jumaat tidak boleh dikawal oleh DAP dan itu yang menjadi kerisauan mereka. Kerana semasa Khutbah dibacakan, makmum daripada pelbagai fahaman politik akan duduk mendengar setiap perinci teks yang dibacakan.

Bimbang umat Islam dan Melayu akan bersatu membentuk kesepakatan yang utuh, maka Eric Paulsen mengkritik JAKIM dengan menuduh agensi tersebut cuba mewujudkan fahaman ekstrem kalangan umat Islam. Dalam isu ini, Eric cuba menarik perhatian Kerajaan untuk bersama memantau JAKIM secara keseluruhan dan barangkali mungkin DAP mahukan teks ucapan Khutbah Jumaat tidak dikawal lagi pada masa akan datang.

Tapi kalau betul JAKIM nak tanam semangat ektremis, confirm dari dulu lagi orang seperti Eric Paulsen akan dibunuh hidup-hidup kerana tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Itu pun kalau lah tapi seperkara yang harus diingat, umat Islam hari ini jauh lebih matang daripada penganut lain.

1 comment:

  1. Jika tidak dikawal dah lama dah orang macam Eric ini kena sunat dengan Mudim kampung.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...