Full Width CSS

Mahfuz Mr Bean Jangan Hina #UMNO #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.
Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.

"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno,” katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

“Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

“Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pas tu parti 4B = Barua, Bodoh, Bangang, Bahlol.......

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..