Saturday, January 3, 2015

UMNO Bandar Tun Razak Sumbang Lebih RM80,000 Barangan Keperluan Harian


Prihatin akan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, UMNO Bandar Tun Razak mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan harian bermula awal minggu lepas (29 Dis 2014).

Sebanyak 15 tan pelbagai jenis barangan kegunaan harian telah berjaya dikumpulkan dan dimuatkan ke dalam pelbagai kenderaan yang digunakan untuk dihantar kepada mangsa-mangsa banjir.


Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Bin Dato' Mokhtar berkata sumbangan ini disumbangkan oleh seluruh penduduk parlimen ini dengan satu niat yang sama untuk meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir.

"Alhamdulillah kita dapat bantuan dan sumbangan yang di luar jangkaan kita yang disumbangkan oleh rakyat seluruh Bandar Tun Razak.

"Kejadian di Pantai Timur mendatangkan simpati kepada semua orang. Maksudnya mangsa-mangsa banjir di sana tidak bersendirian", katanya.


Menurut beliau lagi sumbangan ini dihantar terus ke Temerloh, Pahang memandangkan permintaan peribadi daripada YB Dato' Mohd Sharkar Bin Shamsudin, Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang merupakan wakil rakyat DUN Lanchang.

"Lebih 40 orang sukarelawan UMNO Bandar Tun Razak turut serta menyumbangkan tenaga untuk menyampaikan barangan sumbangan orang ramai untuk mangsa-mangsa", ujarnya.


Lagi gambar dan info UMNO Bandar Tun Razak di laman Facebook, klik sini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...