Thursday, January 22, 2015

Usaha Terpuji #UMNOWP Wajar Dicontohi Badan Perhubungan Negeri Lain - @MuhyiddinYassin @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Sempurna sudah pelancaran dan perlepasan konvoi lori kontena yang membawa barang-barang keperluan buat mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang & Perak.

Ini merupakan misi kedua UMNO Wilayah Persekutuan (WP) menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa selepas banjir di Pantai Timur mulai surut.


Untuk makluman, program seumpama ini kali pertama telah diadakan pada 8 - 12 Januari 2015 di Tanah Merah, Kelantan melibatkan lebih 230 orang sukarelawan Pergerakan Sayap UMNO WP.

Melihat kepada kejayaan dan kepujian yang diterima oleh ramai pihak, UMNO WP menerusi Biro Kebajikan bertekad untuk meneruskan lagi program seumpamanya.


Pengerusi UMNO WP, Datuk Tengku Adnan ketika berucap beliau berterima kasih kepada sukarelawan yang mengharumkan nama UMNO WP semasa membantu mangsa-mangsa banjir tempoh hari.

"Banyak orang telah memberikan thumbs up kepada WP kerana kita telah pergi fokus dan cuci kawasan-kawasan sekolah, surau, masjid dan juga rumah kawan-kawan kita yang berada di kawasan tersebut," jelasnya.


Beliau turut menambah barangan yang dihantar ini adalah hasil sumbangan daripada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan mereka di Kuala Lumpur dan ia merupakan salah satu jariah daripada mereka.

"Kita telah kumpulkan dana daripada ahli-ahli korporat, peniaga-peniaga Kuala Lumpur sebanyak RM5.3 juta", katanya.


Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang dilakukan oleh UMNO WP wajar dicontohi oleh UMNO negeri lain.

"Usaha yang dibuat oleh Badan Perhubungan (UMNO WP) hari ini adalah sesuatu yang amat saya alu-alukan dan saya jangka ini contoh terbaik antara Badan Perhubungan yang lebih segera, cepat tampil ke depan menghulurkan apa saja bentuk bantuan.

"Saya percaya Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak langkah yang telah dipelopori oleh UMNO Wilayah Persekutuan ini", tambahnya lagi.


Tan Sri Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang bertungkus lumus turun padang membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Update semasa di Facebook : Badan Perhubungan UMNO WP

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...