Thursday, February 19, 2015

Apa Masalahnya Pemuda UMNO Buat Roadshow Kes Liwat Anwar @Khairykj @azwanbro @razlanrafii


Letihlah jadi Pemuda UMNO. Buat program salah, tak buat program pun salah pula jadinya.

Program penerangan oleh Tan Sri Shafee Abdullah berhubung prosiding mahkamah isu kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tempoh hari sebenarnya memberi impak kepada golongan muda hari ini.

Rata-rata golongan muda positif dengan program berkenaan kerana kalangan kita sendiri tidak begitu faham & mengikuti sepenuhnya perjalanan kes yang memakan masa selama 6 tahun ini.

Dengan program penerangan ini, ia sedikit sebanyak membuka mata ramai pihak kepada pelbagai cerita di sebalik kes ini. Dalam masa yang sama banyak info serta maklumat baru kita dapat pelajari daripada penerangan tersebut walaupun ringkas.


Mengenai cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berhubung road show program penerangan ini yang akan dibawa ke banyak lagi lokasi, bagi saya ia adalah satu idea yang baik dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Tak salah kita ambil peluang untuk orang ramai faham lebih lanjut perjalanan kes ini.

Orang ramai terutamanya golongan muda hari ini kurang membaca dan jarang mencari maklumat sahih mengenai sesuatu perkara. So langkah membuat program penerangan roadshow sebegini sekurang-kurangnya dapat menyalurkan info segera kepada golongan sasaran dan terpulang kepada mereka untuk membuat penilaian.

Ada cakap-cakap di sosial media yang menemplak Pergerakan Pemuda UMNO dek kerana kenyataan Ketua Pemuda ini. Secara peribadi, saya hormati pandangan mereka. Barangkali mereka mempunyai hujah-hujah untuk menolak & mempertikaikan cadangan tersebut. Kalau boleh simpan dulu semua benda tu.

Namun pendapat yang memperlekehkan cadangan tersebut perlu digantikan dengan program penerangan GST tiada salahnya tetapi seperkara yang perlu difahami adalah program pelaksanaan GST terletak di bawah agensi KASTAM dan seliaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bukannya di bawah UMNO walaupun pemimpin UMNO sebagai peneraju pemerintah negara.

Untuk makluman bersama, langkah menganjurkan program penerangan GST telah giat diadakan di seluruh negara selepas Hari Raya tahun 2014 yang lepas. Begitu juga banyak Bahagian UMNO turut menganjurkan program penerangan GST atas inisiatif sendiri. Tak terkecuali juga parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta parti Pembangkang. Semua program berkenaan diselia oleh MOF.

Rasanya tak perlu buat desakan supaya Pemuda UMNO menganjurkan program penerangan GST. Saya berharap kaki tembak terutamanya yang mengkritik gerakan kerja Pemuda UMNO perlu sedar bahawa parti ini mempunyai sayap Wanita & Puteri UMNO. Tak salah jika sayap pergerakan parti yang menganjurkan program penerangan GST pula kan.

Jika semua perkara nak halakan pada Pemuda UMNO, payahlah. Buat program salah, tak program lagi lah salah.

Saya sokong cadangan Ketua Pemuda dan saya berharap program ini dapat diteruskan serta penerangan mengenainya sampai kepada golongan sasaran. Peduli apa orang nak kutuk.



P/s : Dulu PR buat roadshow 1 Malaysia jaja fitnah kononnya Perdana Menteri & Isteri terlibat dengan pembunuhan model Altantuya. Walaupun sudah mengangkat sumpah tapi mereka tetap terus menjaja fitnah tersebut. Tak salah juga jika kita nak kongsi info dan cerita sebenar kes ini. Nanti orang ramai ingat hukuman Anwar ni konspirasi kerajaan pula.

6 comments:

  1. Pertama: PKR dan DAP tidak mahu rakyat tahu sebenar yang Anwar, anak-beranak dan gang dalam PR selama ini telah menipu rakyat dengan tuduhan konspirasi. Fakta sebenar Anwar kaki meliwat, biar rakyat.
    Kedua: DAP tidak mahu rakyat tahu kisah sebenar dan menghukum DAP kerana telah membohongi rakyat kaum cina. Sedangkan presiden MCA kena pulau dan dihukum oleh kaum cina kerana hubungan seks sulit, ini kan pula seorang yang kaki meliwat.
    Ketiga: Peguam-peguam Anwar semua dari kalangan DAP (anak beranak Karpal) dan PKR. Mereka takut rakyat dan penyokong mempersoal bukan kebodohan TETAPI etika mereka membela Anwar yang sah-sah "MEROGOL" Saiful.
    Fakta dan perkara-perkara di atas sekiranya disampaikan kepada rakyat dan penyokong-penyokong akan beralih sokong kepada BN. Ini ketakutan DAP dan PKR.
    PAS kerana asas Islam sudah lama lari dari Anwar kerana tidak mahu subahat dengan parti songsang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kena buat penerangan macam ni untuk mencerita pekara yang betul dan sah apa yang berlaku yang sebenar nya.Puak PR dah menjaja cerita yang tak betul sebelum kes ni selesai,bila dah Hakim buat keputusan penerangan saperti ini memang patut dibuat untuk orang yang tak berapa tahu undang2 dapat faham.Tak la kena tipu dengan lawyer bodoh PR tu yang becakap tak ikut undang-undang.Mereka ni nampak macam pandai tapi dungu dek kedajallan fikiran mereka.
      Teruskan penerangan ni untuk memberi tahu pekara yang sebenar dan disebabkan mahkamah dah buat keputusan tak salah pun.

      Delete
  2. Ini peluang kita bantu rakyat fahami isu semasa. PR takut dah skg ni

    ReplyDelete
  3. Saya sokong dengan road show ini. Kenapa hanya pembangkang je yang boleh buat road show? Kalau BN buat tak boleh?

    ReplyDelete
  4. Bg aku kes ni tutup..x perlu d heboh2kan lg d semua media massa..biar dia dgn dunia dia..klu kita layan tu yg makin menjadi2..aku rasa semua rakyat faham kecuali yg suka jilat punggungnya je buat2 x faham..dia keluar nanti baru kita cerita semula

    ReplyDelete
  5. Rasanya rakyat terutaman golongan tua akan meluat dgn UMNO seolah2 mengambil kaedah serupa seperti parti PAS/PKR/DAP mempolitikkan segala2 yg bukan budaya kita. UMNO tidak perlu mengambil jalan serupa PAS/PKR/DAP yg rata2 mmg haprak di mata rakyat kerana berkawan dgn Si Nuar yg setiap cerita politik fitnah dijaja tanpa rasa berdosa. Kebenaran yg hendak disampaikan termasuk fakta2 mahkamah boleh disebarkan melalui RTM/TV3, Internet, forum2 semasa atas dasar jemputan setempat dan jgn la nampak sgt pemimpin2 UMNO tertentu yg tidak disukai oleh rakyat terlalu beriya2 mahu menonjolkan diri menjadi jagoan sedangkan kebenaran sudah pon terserlah di mata rakyat. Kalau btol2 mahu bagi penerangan biarlah dlm kapasiti TS Shafie sebagai peguam yg dijemput NGO tanpa mewakili mana2 parti untuk menyerlahkan lagi sifat neutral dan membongkar kehaprakan Pakatan Rakyat yg rela menjadi tunggangan Si Nuar demi kepentingan politik masing2.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...