Tak perlu cerita panjang-panjang ataupun menuduh orang yang memperjuangkan nasib rakyat terutamanya pengguna sebagai racist seperti yang digembar gemburkan oleh Lim Kit Siang, tapi Ismail Sabri walk the talk.
Pagi ini Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri turun padang melancarkan Program Jualan Turun Harga Pasar Tani di Pasar Tani Taman Melawati, Ulu Kelang.
Ini salah satu bentuk perjuangan beliau & Kementerian menjaga kepentingan rakyat dan tidak perlu menawarkan pelbagai janji seperti Rafizi kononnya mempunyai 'pengaruh' dengan rangkaian Orang Tengah & Peniaga seluruh negara.
Realiti sebenarnya Rafizi hanya kuat menyalak berbanding menekan golongan dimaksudkan untuk berkompromi membantu pengguna yang semakin tertekan dek kenaikan harga barangan runcit terutamanya tanpa kawalan.
Sebelum ini Ismail Sabri juga pernah menyatakan keinginan beliau untuk memerangi Orang Tengah yang kerap memanipulasikan harga-harga barangan mengikut sedap tekak mereka.
Menurut Menteri ini, pihaknya sudah menetapkan agensi-agensi di bawah Kementerian beliau untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama pengeluar & pengusaha dalam pelbagai sektor untuk menjual hasil mereka kepada agensi supaya pengawalan harga barangan dapat diselarikan dengan baik daripada ditetapkan sesuka hati oleh Orang Tengah. Namun usaha ini masih lagi kurang mendapat sambutan berikutan penawaran yang dibuat masih belum memuaskan hati pengeluar & pengusaha.
Semoga program sebegini diperbanyakkan dan dinikmati oleh pelbagai peringkat pengguna di Malaysia.
Tahniah !
#TurunHarga
#Kita1Hati
#WeAreAllIsmailSabri
#BoikotDAP
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..