Full Width CSS

Indonesia Bayar Semula 'Jasa' Australia Guna Syiling #KoinuntukAustralia #Coin4Abbott


Isu hangat melibatkan Indonesia & Australia berhubung sabitan salah terhadap dua orang warga Australia yang didakwa terlibat menyeludup dadah ke dalam negara Republik tersebut sudah hampir mencapai tahap kemuncaknya.

Pertelingkahan tersebut bermula kerana Australia tidak bersetuju dengan cadangan Indonesia menghukum mati pesalah berkenaan kerana kerajaan negara Kangaroo tersebut sudah tidak mengamalkan hukuman sebegitu kepada pesalah di negara mereka. 

Bentuk hukuman tersebut sama seperti yang dijalankan di Malaysia jika seseorang menyeludup masuk bahan terlarang tersebut ke dalam negara.


Namun Indonesia tetap bertegas mahu menghukum pesalah supaya menjadi pengajaran kepada mana² pihak dan berharap kejadian tersebut tidak berulang kembali. Mungkin tidak tahan dengan ketegasan Indonesia, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengungkit bantuan kemanusiaan yang pernah dihulurkan negara tersebut kepada Indonesia ketika berlaku kejadian Tsunami 2012.

Hari ini rakyat Indonesia mempertahankan maruah hidup mereka dengan membuat kutipan sumbangan wang syiling daripada warganya dengan niat membayar semula 'jasa' Australia ketika kejadian Tsunami tersebut.

Tahniah Indonesia !

* Australia pun masih lagi menyimpan pesalah kes pembunuhan Altantuya di sana. Sepatutnya kerajaan mereka beri kerjasama mengektradisikan pesalah berkenan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Itulah bezanya indonesia dan malaysia, yang satu tegas dan berani, yang satu lembik/takut dan beretorik.

    ReplyDelete
  2. siapa malaun ni???? bodoh dan memang bodoh

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..