Full Width CSS

Keputusan Mahkamah Penentu Masa Depan Negara #LiwatTetapLiwat


Kejadian liwat memang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Itu yang diberitahu di dalam mahkamah sebelum ini.

Namun apa yang lebih menariknya lagi adalah kejadian tersebut berlaku atas dasar suka sama suka. Ada bukti yang cuba dinyatakan peguam bela Anwar sebelum ini menunjukkan gambar Saiful sehari selepas diliwat oleh majikannya masih dalam keadaan biasa dan tidak tergambar emosi nya terganggu.



Namun perkara utama yang harus diliwat dilihat hari ini adalah keputusan yang diputuskan oleh pihak Mahkamah akan memberikan implikasi yang pelbagai kepada masa depan negara.

Kahwin atas dasar suka sama suka, sudah selalu kita dengar dan itu adalah realiti kehidupan manusia untuk mengecapi kebahagian hidup berumah tangga dan mempunyai zuriat.

Sedikit pelik apabila ada berlaku kejadian zina antara lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks atas dasar suka sama suka walaupun belum mempunyai status perkahwinan sah atau dalam istilah nak senang faham adalah belum kahwin tapi dah main.

Lagi bertambah pelik apabila wujudnya perlakuan seks luar tabie atas dasar suka sama suka. Tak kisahlah sama ada ia melibatkan jantina perempuan sesama perempuan mahupun lelaki sesama lelaki. Kedua² nya tetap salah kerana ia adalah perbuatan di luar tabie ataupun di luar kebiasaan / lumrah manusia normal.


Perlakuan sumbang (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender - LGBT) ini yang harus kita semua fikirkan dan bimbangi akan memberikan kesan mendalam kepada kerosakan moral masyarakat dan dalam masa yang sama menjahanamkan institusi kekeluargaan dan keturunan terutamanya. Perlakuan jijik LGBT ini adalah sebahagian daripada kemunduran pemikiran ummat dan punca tersebarnya wabak penyakit yang merosakkan tamadun manusia.

Dibimbangi kemudaratan akibat penyakit seperti HIV, AIDS dan sebagainya mudah terkena kepada masyarakat kita hari ini dan anak² pewaris bangsa & agama pada masa akan datang.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda riwayat at-Termidzi, al-Hakim, Ibn Majah.

"Sesungguhnya hal yang paling aku takutkan menimpa umatku adalah perbuatan kaum Luth". (Riwayat at-Tirmidzi)

Renungilah dan perangilah gejala LGBT ini supaya masyarakat kita terutamanya terhindar daripada dilaknat Allah S.W.T

Saya mengambil ketetapan tidak menyokong Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari kerana kedua² mereka harus bertaubat dan jika salah seorang daripadanya didapati bersalah maka haruslah kedua²nya disabitkan hukuman yang sama kerana engkar kepada suruhan Allah S.W.T


#LiwatTetapLiwat

Post a Comment

0 Comments