Full Width CSS

Kini Khalid Ibrahim Pula Nak Saman Wan Azizah


Sudahlah Ketua Umum (KETUM) dipenjara atas kesalahan meliwat orang. Presiden parti yang bergelar isteri kepada KETUM pula masih di dalam keadaan emosi kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Ditambahnya lagi dengan Naib Presiden digalas oleh anaknya Nurul Izzah pun masih berada dalam keadaan mabuk KETUM.

Belum reda dengan isu penceraiannya dengan bekas suami dan kes menfitnah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Raja Nong Chik pada PRU 13 yang lepas di Lembah Pantai, Izzah masih lagi terus menunjukkan sikap merengnya dengan menghalakan semua kesilapan mereka terhadap UMNO yang pasti tidak merasa apa² nikmat hasil daripada perbuatan meliwat oleh bapanya.


Tiba² hari ini parti anak beranak mabuk ketum dikejutkan pula dengan tindakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan ayam tambatan parti tersebut sebelum ini, telah bertindak menyaman PKR.


Khalid menuduh PKR telah bertindak memecat beliau tidak mengikuti peraturan parti seperti yang tertakluk di dalam akta & peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Menurut Khalid, tindakan beliau ini selepas mengambil kira sistem yang diamalkan PKR yang dianggap seperti parti tidak serius terhadap ahli.

"Pada saya apa yang penting ialah membetulkan sistem yang diamalkan PKR hendaklah bertepatan dengan agenda mempertahankan hak individu dan hak rakyat dalam mengurus pertubuhan", katanya.


Di dalam laman Facebook miliknya, beliau menggambarkan perasaan kecewa dengan motif penubuhan asal parti tersebut yang jelas tersasar hari ini.

"PKR hendaklah menunjukkan amalan reformasi seperti apa yang mereka laungkan", jelasnya lagi.

Beliau telah memuatnaik dua keping gambar ketika memberi keteranga kepada Pegawai di ROS untuk tindakan selanjutnya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Rasalah pula bila kena saman.

    ReplyDelete
  2. samam jangan tak saman.........
    hanya mahkamah dan undang-undang bagi keputusan yg mujarab nanti.
    jumlah saman kena letak, nanti tak dapat pampasan pulak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..