Monday, February 16, 2015

Malaysia Enggan Terima Tawaran Amerika Jual Hornet


Seperti yang pernah di dedahkan oleh Tun Mahathir satu ketika dulu, 8 pesawat F/A 18D Hornet yang berada dalam logistik TUDM sebenarnya tidak mencapai kemampuan maksima dan ia sengaja dilakukan sedemikian rupa oleh pengeluarnya iaitu Boeing.

Kononnya atas arahan dewan senat yang bimbang Malaysia akan menimbulkan ancaman ke atas jiran kita di seberang tambak.
Kini sekali lagi amerika menawarkan pesawat dari keluarga hornet iaitu pesawat Super Hornet Block II yang mula dibangunkan pada tahun 2007 kepada Malaysia, adakah berbaloi kerajaan malaysia membayar satu kos yang cukup tinggi bagi sebuah sistem "tail end"? dan adakah pesawat ini masih relevan diguna pakai 20 tahun dari sekarang?

Amerika cukup berkira untuk menjual teknologi persenjataan yang melibatkan pesawat tempur mereka kepada negara kita, segala teknologi terbaru akan di jual kepada negara seberang tambak dulu, yang kita dapat hanyalah teknologi yang sudah menjadi "scrap" di negara lain, walaupun kita mampu untuk membeli latest technology dari mereka...

Mungkinkah amerika akan kenakan sekatan atau tekanan kepada negara kita sekiranya kita enggan membeli pesawat itu?

Bagi peminat pertahanan udara, mereka lebih mengemari pesawat Sukhoi 35 sebagai pesawat Multi Role Combat Aircraft (MRCA) sebagai pengganti MiG 29N daripada Super Hornet Block II yang di anggap pesawat "scrap" oleh sesetengah pihak.

1 comment:

  1. Tak perlu bli senjata dari negara barat..rusia china lebih baik..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...