Full Width CSS

Nga Kor Ming Tak Mahu Ada Perkataan Melayu Dalam Borang Kerajaan


Gambar di atas menunjukkan pemimpin DAP,Nga Kor Ming post 1 gambar dalam laman Twitter dan FB.ia hanya gambar yang cukup simple,tetapi mesejnya cukup terang,menghapuskan identiti Melayu untuk menjayakan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu sejak sekian lama.

Konsep tersebut menganggap semua bangsa adalah sama rata dan DAP mahu menghapuskan istilah bangsa.Mereka mahu setiap bangsa punya hak dan keistimewaan yang sama rata. Ia sejajar dengan Perlembagaan DAP yang menggariskan visi menghapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera.

Pendek kata tiada lagi istilah 'hak dan keistimewaan orang Melayu' seperti termaktub dalam Perlembagaan. Tiada lagi istilah tanah rizab Melayu.Tiada lagi diskaun untuk bumiputera membeli rumah, tiada lagi kuota bumiputera dalam kemasukan di universiti, Tiada lagi kuota bumiputera untuk mendapat biasiswa.

Semuanya sama rata. Konsep Malaysian Malaysia menengahkan konsep kesaksamaan ekonomi,kesamarataan kaum dan agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar khususnya sektor awam yang dimonopoli bumiputera. Kenapa DAP begitu benci dengan istilah 'Melayu' dan'bumiputera' ??? 

Apa yang orang bumiputera buat sehingga mereka dilihat sebagai satu ancaman ??? Pemimpin DAP termasuk Nga Kor Ming harus berhenti dengan sangkaan bahawa hanya kerana mereka punya sedikit kuasa, mereka boleh bebas untuk mempersoalkan apa sahaja sehingga mengguris hati orang bumiputera. Mereka perlu tanya diri sendiri mengenai realiti berikut :


1. DAP mengetepikan sama sekali fakta sejarah bahawa orang Melayu bersifat mulia menghulurkan tangan persahabatan menerima kaum lain yang dibawa British, malahan berlapang dadah bersetuju memberikan berjuta mereka kerakyatan tanpa syarat. Orang Melayu tidak minta apa-apa selain satu perkara - menghormati hak-hak dan keistimewaan seperti yang dipersetujui oleh ketua-ketua kaum ketika itu.

2. Sejak negara ini merdeka,adakah mana-mana kaum bukan Melayu dilarang memperkembangkan budaya dan adat mereka ??? Malah, dalam banyak perkara,kerajaan tanpa prejudis memperjuangkan adat dan budaya kaum lain sebagai satu misi nasional. Bukankah semua kaum mengekalkan identitinya,bahasanya,adatnya,agamanya malah sekolahnya ???

3. DAP mahu mewujudkan Malaysian Malaysia tetapi mereka sama sekali tidak mahu menghapuskan sistem persekolahan vernakular untuk memberi laluan kepada sistem persekolahan tunggal.Kenapa ??? Kalau perkara asas begini pun DAP enggan dengan alasan mahu mengekalkan identiti Cina, sepatutnya DAP juga perlu hormati intipati kontrak sosial lain yang sudah dipersetujui termasuk dalam soal hak dan keistimewaan bumiputera.

4. Jika DAP mahu hapuskan konsep bangsa kerana sebab ekonomi,DAP perlu lihat kaum mana yang menguasai ekonomi negara sejak sekian lama.Rasanya kalau ada 1,000 orang paling kaya di Malaysia,970 daripadanya adalah orang Cina.Jika ia kerana politik,setakat ini,tidak ada orang Cina di negara ini yang dihalang daripada menjadi calon, malah DAP boleh membolot semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang. Malah ramai calon Cina mengalahkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dan ramai diberi jawatan Menteri.

5. Jika tuntutan DAP ini kerana faktor agama,DAP perlu tanya diri sendiri adakah mana-mana penganut agama di negara ini dilarang mengamalkan ritual agama mereka ??? Nga Kor Ming sendiri pernah mempersoalkan kenapa peruntukan untuk masjid lebih banyak dari rumah ibadat lain,DAP juga pernah mengusulkan supaya azan dilarang di kawasan majoiriti Cina.Kenapa susah sangat hendak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini ??? Islam diterima sebagai agama rasmi bukan baru,kenapa sekarang begitu galak hendak mempersoalkannya ???

6. Orang Melayu tidak akan lupa bagaimana pemimpin DAP,Lim Guan Eng memulakan percikan api perkauman dan sentimen agama apabila mempolitikkan isu kalimah Allah.Nga Kor Ming jangan ingat orang Melayu boleh lupa apabila dia mendesak supaya lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam.Orang Melayu juga tidak lupa bagaimana sepupunya,Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dengan kitab Bible selain mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem yang hina Nabi Muhammad sebagai perbuatan membuang masa. Pernahkah umat Islam begitu biadab seperti ini dengan mempersenda agama bukan Islam ???

Kalau DAP dan Nga Kor Ming sendiri tidak punya asas untuk menjawab semua persoalan ini,maka sudah terang dan nyata bahawa DAP sememangnya parti rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu terus dari sejarah Malaysia sepertimana yang terjadi di Singapura.Sepatutnya,kalau DAP tidak mampu menghormati intipati Perlembagaan,maka mereka tidak layak pun untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia.Tulisan ini pastinya disambut dengan tuduhan rasis.Namun,saya tidak akan membangkitkannya jika tidak kerana gambar yang dimuatnaik oleh Nga Kor Ming ini.

Namun,begitulah sikap DAP selama ini mereka yang sering memulakan segala-galanya.Mereka yang memulakan provokasi dan apabila orang Melayu tampil mematahkan hujah mereka dengan fakta-fakta, mereka Melayu dilempar dengan gelaran rasis dan perkauman !!!

Percayalah,selagi DAP masih terus tebal dengan dasar cauvinis dan konsep Malaysian Malaysia,orang Melayu tidak akan pernah berhenti mempertahankan apa yang haq.Orang Melayu dan bumiputera tidak mempunyai tanah asal sepertimana China dan India. Kaum Melayu hanya mempunyai Malaysia sahaja dan ia tetap akan dipertahankan !!!

Sumber : Badut Rakyat

Post a Comment

7 Comments

  1. CINA NI SIAPA ?
    KURANG ajar BETUL, TAK SEDAR DIRI.
    PATUT DI ajar..

    ReplyDelete
  2. Why only the same CHINA MAN raise sensitive issues.
    Aren't there any law to keep the bloody mouth shut.
    Or are they not peace loving MALAYSIANS ?
    Time to take actions ! KDN. KDN. KDN.

    ReplyDelete
  3. Tidak usah pertikai apa yang pihak lawan mahu sebaliknyta bagaimana dan cara mana pihak kerajaan pimpinan orang melayu mempertahankan kedaulatan melayu. Itu yang paling penting kerana dari apa yang dilihat pemimpin melayu sendiri sedang menjual kedaulatan mel;ayu secara pewrlahan kerana tidak memeprtrahan hka orang melayu tanah melayu pertukaran tanah kekal melayu asalkan di'bayar' secukupnya

    ReplyDelete
  4. Lihat di singapura sudah cukup untuk says tidak mengundi PR selagi Dap ade.

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu perlu disedarkan dari lena yang panjang. Perlu ada tindakan bagi mengembalikan jati diri yang hilang. Tidak mustahil jika keadaan ini berterusan maka Tanah Melayu tinggal pada nama sahaja. Lihatlah sekarang ini pun tanah-tanah di pendalaman yang terpencil sekali pun sudah mulai dimiliki oleh bangsa tersebut. Kemana orang Melayu akan membawa diri selepas ini.

    ReplyDelete
  6. Bijak pndai ada brkata..
    Chinese = Jew of the East

    ReplyDelete
  7. Satu aliran sekolah kebangsaan dulu..baru boleh jadi bangsa Malaysia.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..