Full Width CSS

Pengusaha Restoran Mamak Sanggup Turun Harga Makanan Di Putrajaya


Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada UMNO Putrajaya terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO kerana komited dalam usaha untuk membantu rakyat yang hari ini dilihat tertindas dengan sikap peniaga yang cuba mengaut keuntungan lebih.

Umum ketahui, harga pasaran minyak hari ini semakin turun dan berdasarkan faktor tersebut peniaga dan pengusaha diminta untuk lebih prihatin dengan keadaan semasa di mana pengguna tersepit di antara harga jualan yang masih lagi kekal seperti sebelum penurunan harga minyak tempatan.



UMNO Putrajaya yang diwakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, saudara Faisal Abdul Karim serta Ahli Jawatankuasa Pemuda mengambil satu langkah yang jarang sekali dilakukan oleh mana² pemimpin tempatan hari ini dengan memanggil semua geng mamak pengusaha restoran mamak seluruh Putrajaya duduk semeja dan berbincang mengenai perkembangan semasa.

Hasil perbincangan secara sepakat pengusaha² restoran ini telah bersetuju dengan saranan Menteri dan pemimpin tempatan untuk menurunkan harga makanan yang dijual di premis mereka. Bagi mereka keutamaan harus diberikan kepada pelanggan setia dari seluruh Putrajaya dan perniagaan mereka tidak akan berjalan baik jika pelanggan mengambil tindakan memboikot premis restoran mereka.

Apa yang boleh disimpulkan daripada hasil perjumpaan tersebut, pengusaha akan cuba menurunkan harga makanan selepas mengambil kira beberapa kos yang melibatkan sewa kedai di sini terlalu mahal serta kos bahan² mentah dan upah pekerja.


Dalam masa yang sama pengusaha yang hadir turut menyuarakan pendapat mereka bahawa penurunan harga minyak sebenarnya tidak banyak membantu kepada pengurangan harga makanan kerana mereka juga seperti pengguna yang masih bergantung kepada harga yang ditetapkan pembekal harian ke premis mereka.

Namun bagi pengusaha, mereka akan cuba menurunkan mana² kadar harga makanan yang dirasakan tidak merugikan perniagaan mereka kerana apa yang dilakukan adalah atas usaha serta inisiatif mereka sendiri.

Apa pun tahniah dan terima kasih kepada pengusaha dan UMNO Putrajaya yang bersatu pendapat dalam usaha membantu beban yang ditanggung pengguna.


* katanya nanti apabila GST dilaksanakan, bakal ada kenaikan pada harga barang mentah. Harap kerajaan segera selesaikan perkara ini sebelum maklumat serta info tidak benar disalah ertikan oleh pemborong.

Post a Comment

0 Comments