Full Width CSS

Tabung Haji Prihatin Laksanakan Badal Haji Buat Anak Kapal #MH17 @Tabung_Haji @azeezputera


Prihatin atas nasib yang menimpa mangsa² pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, pertengahan tahun lepas. Tabung Haji (TH) telah mengambil inisiatif sendiri melaksanakan ibadah haji buat mangsa-mangsa yang terdiri daripada anak kapal yang terkorban.

Menurut Pengerusinya Datuk Azeez, TH telah melaksanakan badal haji untuk mangsa-mangsa tragedi MH17 berkenaan kerana kerjasama yang terjalin sekian lama dalam mengendalikan jemaah haji Malaysia melalui penerbangan sewa khas MAS.
Apa maksud Badal Haji?
Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. 

Badal haji tersebut telah dilaksanakan pada musim haji 1435H / 2014 yang lalu. Majlis penyerahan sijil kepada sembilan waris² anak kapal yang terkorban dalam insiden penembakan jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai tahun lalu dilakukan sendiri oleh Datuk Azeez.

Sepuluh anak kapal pesawat MAS MH17 yang terkorban dalam tragedi berkenaan ialah:

1. Wan Amran Wan Hussin (Kapten).
2. Ahmad Hakimi Hanapi (Pegawai Pertama).
3. Muhamad Firdaus Abdul Rahim (Pegawai Pertama).
4. Mohd. Ghafar Abu Bakar (Penyelia Penerbangan).
5. Dora Shahila Kassim (Ketua Pramugari)
6. Azrina Yakob (Ketua Pramugari).
7. Mastura Mustafa (Pramugari Kanan).
8. Shaikh Mohd. Noor Mahmood (Pramugara).
9. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (Pramugari).
10. Nur Shazana Mohamed Salleh (Pramugari).

Pada musim haji yang lalu, TH juga turut melaksanakan badal haji untuk lapan remaja yang lemas di Segamat, Johor; seorang anggota Pasukan Polis Marin yang terkorban ketika diserang hendap oleh kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, Sabah dan enam orang jemaah haji yang meninggal dunia sebelum wukuf.

Pelaksanaan badal haji ini adalah tanda keprihatinan TH terhadap membela nasib yang menimpa mangsa serta keluarga dan bagi membantu meringankan beban mereka.

Post a Comment

0 Comments